Kebun Fertigasi kami dalam proses untuk mendapatkan sijil MyGap daripada Jabatan Pertanian.
Leceh jugak nak mendapatkan sijil ni. Macam2 perkara nak kena perhatikan. Banyak kelengkapan perlu disediakan di kebun seperti almari berkunci khusus sebagai tempat simpan racun dan baja, tanda tengkorak, label, kotak pertolongan cemas, dan sebagainya.
Proses2 dan segala aktiviti yang dijalankan dalam pertanian perlu direkodkan dan dokumen disimpan dengan rapi. Macam2 jenis rekod perlu dibuat seperti pembelian benih dan baja serta penggunaannya, pelupusan sisa, pengairan, hasil, pekerja, dan sebagainya.
Bila dah siap semua, baru akan diaudit. Lepas tu baru boleh dapat sijil MyGap.
Ramai petani dan pengusaha kebun dan ladang tak nampak kepentingan mendapatkan pensijilan MyGap ni. Tapi sebenarnya dengan melaksanakan segala perkara yang digariskan dalam proses nak mendapatkannya, secara tak langsung operasi kebun dan ladang akan menjadi lebih teratur, lancar dan selamat. Pihak Jabatan Pertanian pasti akan membantu. §
Monday, July 14, 2014
Friday, June 20, 2014
Serangan Tanaman Semasa Musim Panas
Masuk minggu ini sudahpun masuk 2 minggu hujan tidak turun di P.Pinang. Ini mengakibatkan cuaca panas. Bila cuaca panas ada yang datang menghampiri. Termasuklah serangan kutu dan hamama. Kebun kami pun tidak boleh lari dari serangan ini. Dari pemerhatian majoriti pokok ada serangga ini dibawah daun. Kesannya amatlah membimbangkan. Daun jadi kerinting, pokok nampak tidak segar dan kulat menyerang pokok. Effect juga kepada hasil.
Jadi langkah yang kami ambil adalah kekerapan racun kami tingkatkan dan siraman baja dan air dikerapkan bagi memastikan pokok dapat bertahan.
Selain itu juga kami menambah plantbac dan chitosan kepada semburan racun kami. Ini adalah kali pertama pokok disiram plantbac dan chitosan.
Jadi ini adalah gambar-gambar serangan yang terjadi. Doakanla pokok pulih dan keluarkan hasil yang baik.
Jadi langkah yang kami ambil adalah kekerapan racun kami tingkatkan dan siraman baja dan air dikerapkan bagi memastikan pokok dapat bertahan.
Jadi ini adalah gambar-gambar serangan yang terjadi. Doakanla pokok pulih dan keluarkan hasil yang baik.
Saturday, June 14, 2014
Anggaran Hasil Jualan Cili Fertigasi
Dalam pertanian cili secara fertigasi, berat hasil tuaian yang dapat diperolehi dalam tempoh satu musim adalah di antara 1.5 kilogram hingga 3 kilogram bagi setiap pokok. Jika pokok terkena serangan penyakit dan tidak ditangani dengan segera, pasti hasil yang diperolehi adalah rendah. Begitu juga jika cuaca terlalu panas dan jumlah air yang diberikan tidak mencukupi. Atau perkara2 lain seperti jenis dan kepekatan baja yang salah, ejen pendebungaan yang tidak cekap, bencana alam seperti banjir dan kebakaran, serangan makhluk perosak seperti serangga atau haiwan lain, dan sebagainya. Perkara2 ini adalah penentu banyak atau sikitnya hasil tuaian pertanian.
Tempoh satu musim pula adalah kira2 selama 7 bulan (bermula daripada semaian anak benih hingga ke tuaian terakhir).
Gambar hiasan: Ladang fertigasi cili
Gambar hiasan: Hasil tuaian cili
Harga jualan pula berubah2, di antara RM5 per kilogram sehingga setinggi RM15 per kilogram mengikut musim (kebiasaannya harga akan naik tinggi di musim perayaan dan musim kenduri).
Dengan maklumat ini, kita boleh buat perkiraan anggaran kasar purata hasil jualan cili dalam sebulan (pendapatan bulanan) bagi setiap pokok yang ditanam.
Kiraan:
Berat tuaian satu pokok X Harga satu kilogram / Tempoh satu musim (7 bulan)
Setelah membuat kiraan, anggaran hasil jualan bulanan yang didapati adalah dalam lingkungan RM1 hingga RM6 bagi setiap pokok yang ditanam.
Jadi, jika ditanam sebanyak 500 pokok, potensi purata hasil jualan yang bakal diperolehi dalam sebulan adalah dalam lingkungan RM500 hingga RM3,000.
Dengan ini, pengusaha pertanian fertigasi dapat membuat perancangan berapa pokok untuk ditanam berdasarkan berapa hasil jualan yang diinginkan bagi setiap bulan. Kalau mahukan keuntungan yang lebih besar, tanamlah lebih banyak pokok. Namun, kiraan ini tidak termasuk dengan modal pusingan yang perlu dikeluarkan seperti pembelian baja dan racun, air dan elektrik, serta upah pekerja (jika ada). Perniagaan yang baik memerlukan perancangan yang cermat. Selamat berfertigasi. §
Wednesday, June 4, 2014
Projek Fertigasi Samagagah- Pemindahan Anak Pokok
Alhamdulillah 23 hb May yang lepas proses pemindahan anak pokok cili ke polibeg telahpun berjaya dilakukan. Proses ini dilakukan dengan kerjasama dari pihak sekolah iaitu dari Cikgu bertanggungjawab Cikgu Syazwani dan juga pekerja-pekerja Sekolah.
Dengan menggunakan pam dan tangki yang kecil dan minimum, pressure air dilihat agak sekata dan berdasarkan pemantauan kami, pokok membesar dengan baik dan tunas-tunas baru telahpun mula bercambah.
Semoga pokok dapat membesar dengan baik.
Berikut adalah gambar-gambar yang sempat kami ambil pada pagi tersebut.

![]() |
| Cikgu Syazwani dan pekerja sekolah memindahkan anak-anak pokok |
![]() |
| Kerja pemindahan sedang dijalankan |
![]() |
| 1 pokok 1 polibeg 1 dripper |
![]() |
| Maklumat pembajaan dan label alatan fertigasi bagi memudahkan pengendali. |
Tuesday, May 27, 2014
Tuaian Cabai Musim Kedua
Minggu lepas secara rasminya kami dah mulakan penuaian di kebun fertigasi tanaman cabai kami di kuarters Jabatan Pertanian di Pasir Gebu. Sebelum ni tuaian tak rasmi melibatkan buah2 cabai yang masih hijau yang gugur secara tak sengaja atau sebab dahan pokok patah. Yang tu kami tak jual, buat makan sendiri je. Kalini ni rasanya lebih pedas daripada musim pertama.
Tuaian sulong tak dapat banyak sangat, 380 gram sahaja, tapi hampir dua kali ganda lebih banyak daripada tuaian sulong musim pertama dulu. Setakat ni setelah hampir seminggu menuai, jumlah berat yang diperolehi adalah 6.6 kilogram. Tuaian dibuat setiap dua hari sekali.
Pelbagai masalah yang terjadi sepanjang musim kedua ni. Antaranya masalah dripper tersumbat, daun melentik, mozek, kulat, pokok kurang nutrien, dan sebagainya. Masalah2 tersebut semuanya pasti ada jalan penyelesaiannya. Yang penting kena terus usahakan tanaman dan berusaha untuk mencari dan melaksanakan jalan2 penyelesaian tersebut.
Harga pasaran juga sekarang ni agak tak stabil. Ada kawasan yang harga normal, ada yang harga tinggi, ada yang harga rendah. Mungkin disebabkan lambakan sayuran yang diimport dari negara jiran. Kebiasaannya di musim perayaan (raya puasa, raya haji, dan sebagainya) harga cabai akan meningkat kerana permintaan meningkat. Kami tanam cabai musim kedua ni pun dengan sasaran supaya sebahagian daripada tempoh tuaian berada dalam tempoh musim perayaan tersebut. Keuntungan pasti dapat dimaksimakan.
Baru2 ni kami dapat maklumat yang menarik bahawa harga cabai (dan mungkin juga beberapa jenis sayuran lain) kebiasaannya meningkat di musim cuti sekolah. Esok lusa sekolah dah mula cuti. Mula2 terasa agak pelik bagaimana pula cuti sekolah pun boleh mempengaruhi harga sayuran... Rupanya setelah difikirkan, sebabnya adalah di musim cuti sekolah akan ada banyak kenduri kahwin. Jadi, di situlah sebenarnya yang memerlukan penggunaan cabai yang banyak untuk masak lauk kenduri, dan menyebabkan permintaan meningkat dan seterusnya harga pun naik. Kalau benar, memang peluang baik untuk tingkatkan keuntungan. §
Hasil tuaian sulong musim kedua

Pokok cabai yang lebat buahnya

Tuesday, May 20, 2014
Projek Fertigasi SMK Samagagah
Alhamdulillah kami diberi peluang untuk menyediakan lapangan fertigasi di SMK Samagagah Permatang Pauh dalam bulan ini.Berbekal sedikit pengalaman, kami telahpun menyediakan lapangan bagi 100 polibeg set fertigasi. Tanaman pertama adalah cili kulai 568.
Menurut siri mesyuarat bersama PK Koko Cikgu Nazirah Omar dan Pengetua Puan Rahmah Mat Saman, sekolah ini mempunyai banyak kawasan yang berupaya mengeluarkan hasil tanaman dari sayur-sayuran. Pengetua yang juga alumni Universiti Putra Malaysia sangat berminat untuk membangunkan model-model pertanian berskala kecil di kawasan sekolah.
Selain dari fertigasi SMK Samagagah juga membangunkan tanaman sayuran batas yang dengan dibantu oleh Jabatan Pertanian Daerah Seberang Perai Tengah yang diketuai Pegawai Pertanian Tuan Abdul Rani Hassan.
Bermula dengan gotong royong besar-besaran pihak sekolah dengan kami dan Jabatan Pertanian maka model-model ini telah pun dijalankan. Maka dari hari gotong royang anak pokok cili telahpun disemai dan bersedia untuk dipindahkan pada 23 May ini.
Menarik juga kali ini sahabat kami En Mohd NorHakim pun turut serta dalam bersama-sama membangunkan model fertigasi di sekolah. Jadi kita tunggu Khamis ini untuk upacara pemindahan anak pokok.
Semoga projek ini menjadi pemangkin dan menambah minat terutamanya para generasi muda untuk bersama-sama berperanan menjamin bekalan makanan negara.
Selain dari fertigasi SMK Samagagah juga membangunkan tanaman sayuran batas yang dengan dibantu oleh Jabatan Pertanian Daerah Seberang Perai Tengah yang diketuai Pegawai Pertanian Tuan Abdul Rani Hassan.
Bermula dengan gotong royong besar-besaran pihak sekolah dengan kami dan Jabatan Pertanian maka model-model ini telah pun dijalankan. Maka dari hari gotong royang anak pokok cili telahpun disemai dan bersedia untuk dipindahkan pada 23 May ini.
![]() |
| En Hakim dan staf SMK Samagagah |
![]() |
| Kawasan pembangunan model fertigasi SMK Samagagah |
Wednesday, May 14, 2014
Makanan dan Kekuatan dan Kekayaan
Zaman dulu kekayaan seseorang itu diukur dengan bentuk badannya... Lagi besar badan, lagi kaya... Kalau kurus kering tu tak kaya... Sebab kalau kaya, makan pun cukup, badan pun jadi besar... Namun, situasi zaman sekarang agak berbeza...
Makanan (dan air) itu adalah perkara paling penting sekali dalam kehidupan. Perkara lain adalah perlindungan (shelter) dan pakaian. Tapi tanpa pakaian dan perlindungan pun kehidupan masih boleh diteruskan. Sebaliknya tanpa makanan, kehidupan pasti akan terhenti.
Sejak dahulu lagi, zaman purba kala, peperangan berlaku akibat perebutan sumber makanan. Tanah dan kawasan jajahan yang berpotensi menghasilkan sumber makanan menjadi rebutan.
Kekuatan sesebuah negara bergantung kepada jumlah makanan yang dikuasainya, samada makanan tersebut dihasilkan di dalam negara itu sendiri, ataupun diperolehi dari negara lain. Sekuat mana pun ketenteraan, askar ramai, kapal dan kereta kebal banyak, namun tanpa makanan, kekuatan tersebut takkan berkekalan.
Begitu juga dengan kekayaan. Sekaya mana pun sesebuah negara (begitu juga individu), banyak harta, emas dan intan, tetap tak berguna jika tidak mempunyai makanan yang mencukupi. Memang betul, kalau ada banyak harta, boleh beli banyak makanan. Tapi kalau tiada sesiapa yang nak jual makanan, bagaimana? Emas dan intan tak boleh dimakan... Cara yang terbaik adalah dengan menghasilkan makanan sendiri. Dan pertanian adalah antara sumber penghasilan makanan yang paling utama.
Jadi, marilah kita sama2 tanamkan dalam minda kita bahawa pertanian itu adalah sangat penting untuk kesejahteraan negara. Kerana dengan pertanian, sumber makanan dapat dicukupi. Dan apabila makanan dicukupi, keamanan dan kesejahteraan dapat dikecapi. Bak kata orang, gendang gendut tali kecapi... §

Kesedaran kepentingan makanan di waktu peperangan

Subscribe to:
Posts (Atom)