Bagi penanaman cili secara fertigasi, adalah digalakkan supaya setiap pokok dicantas cabangnya di beberapa peringkat pembesaran pokok tersebut.
Pelbagai sebab pentingnya mencantas cabang. Antaranya:
1) Jumlah cabang terkawal.
2) Pokok tidak terlalu merimbun, mudah untuk meracun serangga dan memetik hasil tuaian.
3) Pembajaan yang lebih efisyen, tidak dibazirkan oleh daun dan tunas yang tidak penting.
5) Cili lebih cepat membesar dan menjadi matang.
4) Hasil tuaian yang lebih bermutu tinggi.
5) Dan banyak lagi.
Terdapat berbagai kaedah untuk mencantas pokok cili. Yang akan kami guna pakai adalah kaedah begini:
Lebih kurang tiga minggu selepas pokok cili dipindahkan ke dalam polybag, ianya akan mula bercabang (peringkat pertama) membentuk Y pada ketinggian lebih kurang satu kaki dari permukaan media. Kebiasaannya bercabang dua. Kalau tiga, jarang2. Empat, kadang2... Ada juga cabang yang melekat macam kembar siam. Putik bunga juga akan mula tumbuh di sini.
Apabila mula bercabang, kesemua tunas2 dan daun2 yang tumbuh di bahagian bawah daripada cabang tersebut bolehlah dibuang. Hanya tinggalkan daun2 yang tumbuh betul2 di cabang peringkat pertama dan ke atas sahaja. Hati2 supaya batang yang masih agak lembut tu tidak terpatah.
Daun2 dan tunas2 yang telah dipotong bolehlah samada diletakkan semula ke dalam polybag sebagai nutrien tambahan, ataupun dibuang ke tempat lain. Kami buang ke tempat lain.
Kalau bercabang lebih daripada dua, hanya tinggalkan dua cabang sahaja. Yang lain, potong. Pilihlah dua cabang mana yang terbaik untuk dikekalkan.
Selalunya kita akan ada rasa sayang atau kesian kat pokok tu dan rasa tak sampai hati nak buang cabang2 yang berlebihan tu. Lebih2 lagi kalau dah ada putik bunga kat cabang2 tu... Tapi inilah yang dinamakan kaedah cantasan tanpa belas kasihan. Potong je... Dengan harapan, hasil yang diperolehi adalah lebih baik daripada kalau tak potong tu...
Ada jugak pokok yang belum sampai peringkat pertama lagi dia dah mula bercabang dah awal2 kat bawah.
Selepas cabang peringkat pertama, pokok akan bercabang lagi di peringkat kedua. Di peringkat ini juga kekalkan hanya dua cabang sahaja, maka akan membentuk empat cabang teras.
Selepas daripada ini, setiap cabang di peringkat ketiga, keempat dan kelima haruslah dicantas dengan hanya meninggalkan satu cabang sahaja.
Bermula daripada cabang peringkat keenam dan ke atas, barulah cabang2 tidak perlu dicantas lagi. Namun begitu, tunas2 baru akan sentiasa tumbuh di cabang2 cantasan. Periksa setiap pokok setiap 30 hari dan buang tunas2 baru tersebut.
Kadang2 kita ada rasa leceh nak buat sesuatu kerja. Tapi selalunya, kerja2 leceh yang dibuat awal2 ni lah yang akan memudahkan kita di masa kemudian. Sabar. Tak sabar nak perhatikan hasil. §