Kebun Kami

8 Nov 2013

Page ini seperti sudah lama tak diupdate dek kerana asyik dengan page home sahaja.. Jadi apa dah jadi dengan kebun kami ni? Kebun kami sekarang dah berkembang dan projek di Pasir Gebu Penaga sudah pun bermula pada Jun tahun ini. Tanaman pertama yang kami pilih di sana adalah tanaman Cili Kulai 568.

Pada hari ini tanaman dah pun masuk 140  hari selepas tanam (hst). Maknanya dah masuk bulan kedua tuaian hasil yang setakat ni masih perlukan pemerhatian dan pembelajaran untuk meningkatkan hasil.
Namun hasil ini tidaklah merugikan kami. Banyak yang kami pelajari dari tanaman yang boleh dikatakan masih di tahap kecil ini.

Untuk akan datang, pihak kami akan membesarkan lagi keluasan tanaman di sekitar kuarters berkenaan untuk menjadikan jumlah polibeg kepada 600 ke 800 polibeg. Kerja-kerja perluasan ini dijangka bermula sebelum 2014 bermula.

Ini sejajar dengan bermulanya program yang akan dijalankan di tapak kuarters berkenaan. Program ini dinamakan Program Usahawan Tani Pelapis. Sasaran penyertaan adalah dari kalangan belia tempatan.

Selain dari di Pasir Gebu Penaga, kebun di kawasan rumah di Bertam Putra juga dalam kapasiti 100 polibeg sedang mengeluarkan hasil yang sama iaitu Cili Kulai 568.

Kebun ini akan di tamatkan penggunaannya dan alatan disini akan dipindahkan ke Pasir Gebu untuk pembinaan kawasan baru yang di rancangkan.

InsyaAllah untuk 2014, kami merancangkan untuk membuka tapak-tapak baharu yang lebih besar bagi mewujudkan pengeluaran yang lebih besar bagi menampung permintaan setempat.

Oleh yang demikian, di lain waktu nanti kami akan updatekan lagi tentang tapak-tapak pertanian yang akan dan sedang kami usahakan.





5 FEBRUARI 2013

Mesti ada yang tertanya-tanya apa dah jadi dengan timun-timun kami.. So, hari ini diberi kesempatan untuk update sikit tentang perkembangan sayur timun untuk tanaman kedua kami.

Tanaman kedua mula ditanam pada 29 Dec 2012.

So hari ini sudah 35 hari, kalo ikut pada kitarnya sepatutnya buah-buah atau sayur timun ini akan mula berbuah dan boleh dipetik dalam minggu ini.

Jadi in line dengan kitaran ini, pokok kami telah pun mengeluarkan buah-buahnya. Masih banyak dalam peringkat awal pembuahan tetapi ada juga yang cepat membesar pembuahan nya.




gambar buah timun pada peringkat awal..

Gambar ni antara yang dah besar, mungkin dua atau 3 hari lagi dah boleh kutip.


Perkembangan lain, kami juga sedang mengadakan program usahasama dengan pihak sekolah SK Penaga untuk Program Usahawan Tani Pelapis (PUTP) iaitu program bersama Jabatan Pertanian. Lawati laman sosial fb kami di : http://www.facebook.com/utp.penang




31 Oktober 2012

Pokok semakin besar, jaring bertambah lendut.


Tali penampung jaring perlu ditegangkan lagi. Tambah satu lagi tali di bahagian atas celah-celah jaring tu jadi dua, dan lagi satu tali di bahagian atas tiang... Setakat ni baru sebahagian kecil barisan tanaman yang dah ditegangkan balik jaringnya.


Jadi macam ni. Boleh la tu... Kalau masih lendut lagi, mungkin nak kena tambah lagi ikatan di antara tali atas dengan tali bawah tu.

Satu tiang baru dah dipacak di salah satu barisan sebab barisan tu terkurang tiang dan menyebabkan jaring terlalu lendut disebabkan jarak antara tiang terlalu jauh.

Gambar sebelum dan selepas pacak tiang baru

Tiga daripada sembilan polybag yang diketepikan sebelum ni sebab pokok bermasalah didapati membesar agak baik. Jadi ianya diletakkan kembali ke dalam barisan tanaman bersama pokok-pokok lain.

Jumlah: 173 polybag
§

25 Oktober 2012

Keadaan kebun kami setelah dipasang dengan jaring, dan disusun dalam barisan yang lurus dan teratur dengan jarak yang sekata di antara polybag.




Jumlah: 170 polybag
§

2 Oktober 2012

Pada mulanya dirancang untuk 100 pokok di rumah setingkat (rumah A, end lot) dan lagi 100 pokok di rumah dua tingkat (rumah B, corner lot).
Semasa proses penyediaan di rumah A, tengok-tengok cuma buat 99 polybag sahaja sebab salah kira.
9 polybag kemudiannya diketepikan sebab pokok tak hidup dan jugak bantut.
Tinggal 90 polybag sahaja yang dipelihara di rumah A.
Penyiraman dibuat secara manual tanpa menggunakan sistem paip dan pam air. Ini kerana bilangan polybag yang sedikit masih lagi mampu diusahakan secara manual, dan kos pemasangan sistem pengairan lengkap adalah tinggi dan tidak setimpal dengan keuntungan daripada hasil pengeluaran.



Di rumah B, penyediaan dilakukan lewat lebih daripada seminggu berbanding di rumah A. Cuma dapat sediakan 96 sebab quantiti media tak sekata kat dalam setiap polybag.
Polybag hitam bersaiz kecil sedikit berbanding polybag putih.
Penyemaian benih dibuat di dalam 80 polybag sahaja.
16 polybag lagi diketepikan untuk diusahakan sendiri oleh sahabat pemilik rumah B. Mungkin untuk ditanam cili, bendi dan tomato...
Setelah seminggu, 80 polybag yang disediakan di rumah B dipindahkan ke rumah A bagi memudahkan proses pemeliharaan dan juga menurunkan kos infrastruktur.
Sekarang, ada 170 polybag di rumah A yang diusahakan sepenuhnya secara berkumpulan.
Tiang dan jaring dah dipasang.
Pokok yang paling tinggi agak-agak setinggi 3.5 kaki.

Kami juga dalam proses untuk mendapatkan kelulusan untuk menggunakan kawasan kuarters kerajaan seluas 0.2 ekar di Pasir Gebu untuk dijadikan tapak pertanian fertigasi.
Tapak tersebut berkemampuan untuk memuatkan lebih daripada 1000 polybag.



Kuarters Pasir Gebu











§

No comments:

Post a Comment