Kuarters Pasir Gebu

21 November 2012

Beberapa hari yang lalu kami telah mendapat berita bahawa kami telah mendapat kelulusan daripada pihak Jabatan Pertanian bagi menggunakan tapak kuarters kerajaan ini untuk melaksanakan Program Usahawan Tani Pelapis (PUTP).

Jadi sekarang ni kami dalam proses untuk merangka modul-modul yang bakal dilaksanakan dalam program berkenaan yang merangkumi taklimat secara teori dan latihan secara amali, serta lawatan-lawatan ke tapak-tapak pertanian di sekitar kawasan berhampiran.
§

Kami sedang dalam proses permohonan dan rundingan dengan pihak Jabatan Pertanian Malaysia, Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang, dan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (KPTG) Persekutuan bagi mendapatkan kebenaran untuk menggunakan kawasan kuarters kerajaan di Pasir Gebu sebagai tapak pertanian secara fertigasi.


Kawasan seluas 0.2 ekar tersebut mampu dimuatkan dengan sejumlah lebih daripada 1000 polybag untuk pertanian secara fertigasi, lengkap dengan tangki, pam air, dan sistem pengairan yang sempurna.

Dicadangkan untuk menggali telaga air di dalam kawasan kuarters tersebut sebagai sumber air utama bagi operasi pertanian fertigasi. Dengan cara ini, kos penggunaan air secara keseluruhan dijangka dapat dikurangkan, namun kos permulaan dijangkan adalah agak tinggi.

Sebahagian daripada kawasan juga akan digunakan oleh sahabat kami untuk membina sebuah rumah cendawan yang dijangkakan mampu untuk memuatkan sejumlah 1000 bongkah cendawan.

Kawasan dan bangunan kuarters ini juga akan digunakan sebagai tapak latihan amali bagi Program Usahawan Tani Pelapis anjuran bersama Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment