Contoh SPH pertanian fertigasi
Biasanya bahagian bumbung SPH diperbuat dengan menggunakan bahan plastik yang mempunya lapisan perlindungan UV. Rangkanya diperbuat daripada batang atau paip besi, kayu, plastik, ataupun bahan2 lain yang kukuh. Saiznya juga adalah pelbagai, mengikut kesesuaian tapak pertanian dan juga kos. Kadangkala SPH juga dipasangkan dengan jaring kalis serangga sebagai dinding bagi mengawal serangan serangga perosak.
Perlindungan daripada pancaran UV cahaya matahari dapat mengelakkan tanaman daripada terlalu cepat layu. Perlindungan daripada hujan pula dapat mengelakkan atau mengurangkan serangan penyakit yang diakibatkan oleh kulat. Disamping itu, perlindungan hujan juga dapat memastikan baja ataupun semburan racun perosak yang diberikan kepada tanaman tidak tiris dan terbilas. Kalau terbilas, akan menyebabkan tanaman tidak mendapat jumlah baja yang mencukupi ataupun keberkesanan racun tidak tercapai.
Walaubagaimanapun, di dalam pertanian secara fertigasi, penggunaan SPH bukanlah satu kemestian. Boleh juga dilakukan secara terbuka. Kuantiti dan kualiti hasil tanaman yang baik masih lagi boleh dicapai tanpa menggunakan SPH sekiranya dilaksanakan dengan cara yang betul dan teliti.
Kebun fertigasi kami tanpa menggunakan SPH
Terdapat juga beberapa keburukan dalam penggunaan SPH. Antaranya, kos yang tinggi dan tempoh pemasangan yang lama menimbulkan tekanan pada permulaan projek dan melambatkan tempoh pulangan modal. Kos penyelenggaraan juga adalah tinggi sekiranya berlaku kerosakan, contohnya jika bumbung plastik bocor. Disamping itu, hujan dan serangga juga adalah agen pendebungaan yang penting. Jadi, penggunaan SPH yang melindungi tanaman daripada hujan dan serangga secara tidak langsung mungkin menyebabkan proses pendebungaan terjejas, seterusnya akan mengurangkan hasil yang diperolehi.
Namun begitu, kebaikan dan keburukan ini bolehlah diseimbangkan agar dapat memenuhi keperluan dan kemampuan masing2, seterusnya dapat mencapai pendapatan yang paling lumayan serta tempoh pulangan modal yang paling segera. §
No comments:
Post a Comment