Hasilnya cuma 3 batang sahaja dengan jumlah berat 855 gram. Tetapi salah satu daripadanya didapati rosak, bahagian dalamnya lembik akibat serangan serangga buah. Jadi, setelah ditolak yang rosak, jumlah berat yang boleh dijual hanyalah 544 gram sahaja.
Keadaan lembik di bahagian dalam timun.
32 batang timun yang dituai harini.
Namun terdapat 4 batang timun yang didapati ada sedikit kerosakan seperti kesan tebukan kecil di bahagian luaran. Kami jangkakan ini adalah hasil daripada serangan serangga buah seperti yang berlaku pada hasil tuaian pertama tempoh hari.
Lubang kecil di bahagian luar kulit timun.
Hasil tuaian timun pada musim kedua setakan ni adalah jauh lebih baik berbanding musim pertama terdahulu. Dulu minggu pertama tuaian cuma dapat menghasilkan timun sebanyak 22 batang dengan jumlah berat 6.28 kilogram sahaja. Tetapi kalini tak sampai seminggu lagi tapi hasilnya dah melebihi tuaian minggu pertama musim yang dulu dah. Pastinya hasil keseluruhan adalah lebih tinggi dah memberi pulangan yang lebih menguntungkan... §
No comments:
Post a Comment