Hasil tuaian sulong musim kedua
Tuaian sulong tak dapat banyak sangat, 380 gram sahaja, tapi hampir dua kali ganda lebih banyak daripada tuaian sulong musim pertama dulu. Setakat ni setelah hampir seminggu menuai, jumlah berat yang diperolehi adalah 6.6 kilogram. Tuaian dibuat setiap dua hari sekali.
Pelbagai masalah yang terjadi sepanjang musim kedua ni. Antaranya masalah dripper tersumbat, daun melentik, mozek, kulat, pokok kurang nutrien, dan sebagainya. Masalah2 tersebut semuanya pasti ada jalan penyelesaiannya. Yang penting kena terus usahakan tanaman dan berusaha untuk mencari dan melaksanakan jalan2 penyelesaian tersebut.
Pokok cabai yang lebat buahnya
Harga pasaran juga sekarang ni agak tak stabil. Ada kawasan yang harga normal, ada yang harga tinggi, ada yang harga rendah. Mungkin disebabkan lambakan sayuran yang diimport dari negara jiran. Kebiasaannya di musim perayaan (raya puasa, raya haji, dan sebagainya) harga cabai akan meningkat kerana permintaan meningkat. Kami tanam cabai musim kedua ni pun dengan sasaran supaya sebahagian daripada tempoh tuaian berada dalam tempoh musim perayaan tersebut. Keuntungan pasti dapat dimaksimakan.
Baru2 ni kami dapat maklumat yang menarik bahawa harga cabai (dan mungkin juga beberapa jenis sayuran lain) kebiasaannya meningkat di musim cuti sekolah. Esok lusa sekolah dah mula cuti. Mula2 terasa agak pelik bagaimana pula cuti sekolah pun boleh mempengaruhi harga sayuran... Rupanya setelah difikirkan, sebabnya adalah di musim cuti sekolah akan ada banyak kenduri kahwin. Jadi, di situlah sebenarnya yang memerlukan penggunaan cabai yang banyak untuk masak lauk kenduri, dan menyebabkan permintaan meningkat dan seterusnya harga pun naik. Kalau benar, memang peluang baik untuk tingkatkan keuntungan. §