Tuesday, October 30, 2012

Kebun timun hari ini

Pagi tadi didapati pokok-pokok timun secara umumnya berada dalam keadaan segar. Sebab hujan pukul 12:00 tengah malam tadi...
Namun, terdapat beberapa batang pokok yang agak layu, tapi hanya sebahagian saja daun pada pokok berkenaan layu, yang lain segar. Barangkali akibat daripada 3 hari tak dapat penyiraman baja yang sewajarnya...


 Juga terdapat daun-daun yang macam terbakar...



Tidak dapat dipastikan samada keadaan daun terbakar ni adalah disebabkan oleh serangan penyakit, kekurangan air tempoh hari, panas terik sangat, ataupun disebabkan oleh kekurangan nutrisi. Jadi harini kami akan potong dan buang daun-daun yang macam terbakar tu, takut-takut kalau ianya penyakit yang boleh berjangkit ke pokok-pokok yang lain. En. Zamri juga nasihatkan supaya hapuskan saja keseluruhan pokok yang terlalu teruk mengalami masalah terbakar tu... Walaupun terasa sayang, namun kami terpaksa akur... Lebih baik hapuskan sedikit daripada kalau berjangkit, habis kena hapuskan lagi banyak...
Walaubagaimanapun didapati bunga-bunga timun pada pokok-pokok timun secara keseluruhannya masih lagi berada dalam keadaan baik. Sangat menterujakan...
Kami juga akan potong dan buang dahan-dahan pokok timun di bahagian bawah batang setiap pokok, bagi melapangkan sepanjang kira-kira satu kaki batang supaya tak banyak sangat dahan, agar mudah untuk melaksanakan penyelenggaraan dan juga penyiraman secara manual. Polybag-polybag yang ada lebih daripada satu pokok timun juga akan dibuang pokok-pokok yang paling kecil hanya menginggalkan satu pokok yang paling besar saja supaya depa tu tak berebut baja.

Jaring pun dah makin lendut...



Tali-tali penampung jaring akan ditegangkan balik menggunakan dua tali rafia berbanding hanya satu sekarang ni... Kalau guna hanya satu takut tak tahan, terputus pulak nanti... Belum ada buah timun lagi pun dah lendut, inikan pulak bila dah ada banyak buah berkilo-kilo nanti...
Satu lagi tiang kayu pun perlu dipacak jugak, sebab salah satu barisan tu terkurang satu tiang...

Sambil menulis ni, cuaca di luar hujan agak lebat dengan petir sabung menyabung... Kalau dah reda nanti boleh la terus laksanakan tugasan-tugasan tadi... Tapi kalau berlarutan sampai ke malam, terpaksa la tunda ke esok pagi... Pasti selesai!

2 comments:

  1. Pokok timun yang sihat tetapi layu atau daunnya layu biasanya disebabkan kekurangan nutrisi potassium....jangan lupa baja foliar mikro juga spt calsium/ferum/boron/phosporus/zink/kalium/nitrogen utk kesihatan pokok dan hasilkan banyak buah.....

    Sekali imbas daun pokok timun saudara tu kena penyakit antraknos pada daun....sama spt serangan downy mildew....yang aktif diwaktu lembap (selepas hujan)

    ReplyDelete
  2. Coba kasih pupuk Micro Ferti Magnet FMC gan

    ReplyDelete