Thursday, April 25, 2013

Perancangan untuk Fertigasi

Untuk memulakan pertanian secara fertigasi, ataupun apa2 jenis pertanian sekali pun, antara perkara paling utama yang perlu ada ialah tapak. Kalau takde tapak, memang tak boleh la nak buat pertanian apa2 kaedah sekalipun...

Tapak pulak kena ambil kira beberapa faktor bagi menentukan kesesuaian untuk memulakan projek pertanian fertigasi. Antaranya, adakah berdekatan dengan sumber bekalan air dan elektrik, terdapat banyak pokok2 besar ataupun tidak, lokasi adakah berdekatan dengan sawah padi, bentuk muka bumi adakah rata atau berbukit.

Mungkin ada jugak perkara2 lain yang tak disebutkan di atas tu, tapi bila dah kenal pasti tapak tu sesuai, baru boleh mulakan projek. Kalau tak sesuai, ada dua pilihan. Samada kena cari tapak lain, ataupun ubahsuai tapak tersebut supaya jadi sesuai. Kalau nak ubahsuai, mungkin kos akan meningkat. Contohnya, nak kena ratakan tapak yang berbukit, atau tebang pokok2 besar yang terdapat di dalam tapak tersebut.

Susun atur polybag dan sistem pengairan jugak penting supaya air baja yang dipam dapat sampai ke setiap polybag pada kadar yang seragam. Setiap pokok perlu dapat jumlah air dan baja yang sekata. Kalau tersalah susun atur, berkemungkinan ada sebahagian daripada pokok dapat lebih, dan sebahagian lagi dapat kurang. Bila terjadi macam ni, pertumbuhan pokok dan hasil akan jadi tak sekata.

Kalau tapak berbentuk segi empat, susun aturnya mudah dan straight forward lah... Tapi kalau tapak tu berbentuk pelik sikit, bersegi2 ke, atau bercabang2 ke, ataupun ada infrastruktur lain di atas tapak tu (seperti rumah, bangsal, telaga, atau pokok yang sayang/susah nak tebang), kena rancang betul2.

Contoh lakaran tapak yang ada bangunan di tengah2

Kalau awal2 tak rancang betul2, nanti kemudian nak kena bukak balik dan setting balik sistem paip air,  memang akan rugi masa dan tenaga.

Lokasi tangki baja dan air serta pam juga perlulah strategik, berada agak2 di tengah2 sistem pengairan tersebut. Pam jugak mestilah mempunyai kuasa yang cukup kuat untuk mampu menyalurkan air ke seluruh sistem. Mesti ada valve untuk memastikan aliran air mengikut laluan yang sepatutnya, dan filter, supaya air tak mengandungi bahan asing yang mungkin akan menyebabkan sistem paip tersumbat.

Pokok apa yang nak tanam pun kena rancang jugak. Sesetengah pokok ada perbezaan tentang jarak antara pokok. Ada yang kena jarak lebih jauh sikit. Bila jarak kena jauh sikit, jumlah polybag yang boleh dimuatkan pun mesti dikurangkan. Ada jugak pokok yang memerlukan struktur sokongan seperti jaring untuk timun ataupn tali pengikat untuk cili (cabai).

Paling bagus kalau boleh rancang jugak pokok yang nak ditanam tu ketika harganya di pasaran berada  di tahap yang paling menguntungkan. Harga sayuran berubah2 mengikut musim. Kalau pandai meneliti perubahan2 harga tersebut, memang keuntungan boleh dimaksumumkan.

Kalau semuanya dirancang dengan rapi, pasti projek dapat dilaksanakan dengan lancar tanpa sebarang kesulitan. §

Friday, April 19, 2013

Bahan tambahan pada tanaman

Umum bagi mana -mana tanaman memerlukan bahan tambahan sebagai nutrien dan penggalak pada pokok , akar , buah dan batang. Jadi pada kali ini kami akan sharekan produk yang kami akan gunakan pada tanaman timun kami yang telah pun kami tanam untuk kali ketiga. Tanaman timun kami ini kami gunakan teknik berbeza dari yang pertama hinggalah kali ini. Tanaman kami kali pertama walaupun berhasil tapi hasilnya amat kurang jika dibandingkan dengan tanaman kami yang kedua. Alhamdulillah dengan adanya perubahan ini kami dapat belajar banyak perkara. Atas sebab lain juga kami mengambil inisiatif untuk membuat sedikit pelaburan untuk menggunakan produk SRI Organik untuk tanaman kali ke 3 ini. Lagi-lagi bag tanaman fertigasi yang pokok hanya mengambil nutrien dari baja dan media di dalam polibeg sahaja.

Kenapa pokok perlu nutrien tambahan? Pokok juga perlukan vitamin, antibodi dan rawatan macam manusia juga. Nutrien-nutrien ini seperti folier, magnesium, Natrium tambahan dan lain-lain memang membantu dalam proses pokok mencambahkan bunga, buah, akar dan sebagainya. Bahan - bahan organik adalah yang paling terbaik ini kerana membantu dalam tidak menggunakan bahan-bahan yang mencemar dan merosakkan alam sekitar. Dari hijau ke hijau. Barulah rasa konfiden untuk dimakan.






Sebab apa kami ingin mencuba produk Sri ini? Pertma sekali kerana berdasarkan testimoni-testimoni dari mentor-mentor kami juga dari pengusaha-pengusaha lain yang telah pun menggunakannya. Keduanya produk Sri ini terbahagi dan digunakan berperingkat-peringkat, ini akan membuatkan nutrien tambahan ini lebih fokus pada peringkat-peringkat pokok. Juga antara sebab yang kami cuba ialah kerana harganya yang tidaklah terlalu mahal berbanding beberapa produk lain yang setanding. Produk ini juga dibuat dari bahan-bahan organik iaitu bahan-bahan yang berasal dari tumbuhan juga.


Ok mengenai produk Sri ni pulak terbahagi kepada 3 jenis yang kami akan pakai, Sri Anak, Sri Bunga dan Sri Buah. Penggunaan adalah bergantung kepada peringkat pembesaran pokok. Kalau menurut kata mentor kami produk ini berupaya meningkatkan lagi hasil sehingga 5 kali berbanding biasa. Untuk tahu betul ataupun tidak kenalah cuba dahulu.

Selain dari produk Sri ini kami juga diperkenalkan dengan produk-produk organik lain seperti IMO dan MOL ikan dan MOL Kangkung.  Produk-produk ini adalah produk organik yang asalnya adalah perapan bahan-bahan semulajadi seperti perapan kangkung, beras dan ikan. Bahan-bahan ini secara tradisinya adalah bahan larutan tambahan pada tanaman pada batas, mentor-mentor kami secara inovasinya telah mencuba pada tanaman dan hasilnya memang agak baik.


Rujukan tentang bahan-bahan ini boleh kita dapatkan di sini untuk detail tentang bahan- bahan ini.:

http://www.revolusitani.com/kandungan-nutrien-kaedah-natural-farming-nf



Untuk itu tunggukan hasilnya sebulan dua ini untuk kami update.. Sekian dahulu untuk kali ini.




Thursday, April 11, 2013

Penggunaan racun pada tanaman

Setiap tanaman pasti mempunyai musuh perosak, samada serangga dan ulat, bakteria dan kulat, ataupun rumput rumpai. Begitu juga dengan tanaman sayuran atau buah-buahan. Bagi memelihara tanaman daripada serangan perosak, berbagai kaedah dapat dilaksanakan, samada secara menggunakan racun kimia, ataupun secara semulajadi.

Selama ini, kami masih belum pernah lagi menggunakan racun dalam pertanian fertigasi di kebun kami di sebelah rumah tu. Namun, terdapat tanda-tanda serangan kulat dan juga serangga sepanjang kami menanam timun sebanyak dua musim yang lalu.

Pada musim ini, kami akan cuba untuk menggunakan racun serangga organik (semulajadi). Harapnya hasil yang positif akan kami perolehi.

Penggunaan baja kimia walaupun mungkin lebih berkuasa dalam menentang penyakit-penyakit dan serangga, namun ianya mungkin akan mendatangkan kemudaratan jika sayuran dan buah-buahan tersebut tidak dicuci dengan sempurna sebelum dimakan.

Nota:
Tidak lama lagi kami akan memulakan operasi untuk membangunkan kebun di tapai kuarters Pasir Gebu. Kelulusan bertulis telahpun kami terima daripada berbagai lapisan pihak berkuasa.
Kami akan bangunkan tapak pertanian fertigasi dengan kapasiti 1000 polybag di situ, mungkin dengan dua sistem pengairan yang berasingan (500 polybag setiap sistem) bagi membolehkan dua jenis tanaman ditanam pada masa yang sama.
Jika terdapat kawasan yang mencukupi, mungkin juga sahabat kami akan mendirikan projek cendawan di tapak tersebut. §