Kenapa pokok perlu nutrien tambahan? Pokok juga perlukan vitamin, antibodi dan rawatan macam manusia juga. Nutrien-nutrien ini seperti folier, magnesium, Natrium tambahan dan lain-lain memang membantu dalam proses pokok mencambahkan bunga, buah, akar dan sebagainya. Bahan - bahan organik adalah yang paling terbaik ini kerana membantu dalam tidak menggunakan bahan-bahan yang mencemar dan merosakkan alam sekitar. Dari hijau ke hijau. Barulah rasa konfiden untuk dimakan.
Sebab apa kami ingin mencuba produk Sri ini? Pertma sekali kerana berdasarkan testimoni-testimoni dari mentor-mentor kami juga dari pengusaha-pengusaha lain yang telah pun menggunakannya. Keduanya produk Sri ini terbahagi dan digunakan berperingkat-peringkat, ini akan membuatkan nutrien tambahan ini lebih fokus pada peringkat-peringkat pokok. Juga antara sebab yang kami cuba ialah kerana harganya yang tidaklah terlalu mahal berbanding beberapa produk lain yang setanding. Produk ini juga dibuat dari bahan-bahan organik iaitu bahan-bahan yang berasal dari tumbuhan juga.
Ok mengenai produk Sri ni pulak terbahagi kepada 3 jenis yang kami akan pakai, Sri Anak, Sri Bunga dan Sri Buah. Penggunaan adalah bergantung kepada peringkat pembesaran pokok. Kalau menurut kata mentor kami produk ini berupaya meningkatkan lagi hasil sehingga 5 kali berbanding biasa. Untuk tahu betul ataupun tidak kenalah cuba dahulu.
Selain dari produk Sri ini kami juga diperkenalkan dengan produk-produk organik lain seperti IMO dan MOL ikan dan MOL Kangkung. Produk-produk ini adalah produk organik yang asalnya adalah perapan bahan-bahan semulajadi seperti perapan kangkung, beras dan ikan. Bahan-bahan ini secara tradisinya adalah bahan larutan tambahan pada tanaman pada batas, mentor-mentor kami secara inovasinya telah mencuba pada tanaman dan hasilnya memang agak baik.
Rujukan tentang bahan-bahan ini boleh kita dapatkan di sini untuk detail tentang bahan- bahan ini.:
http://www.revolusitani.com/kandungan-nutrien-kaedah-natural-farming-nf
Untuk itu tunggukan hasilnya sebulan dua ini untuk kami update.. Sekian dahulu untuk kali ini.
No comments:
Post a Comment