Tuesday, May 7, 2013

PASARAN (HARGA dan KEHENDAK PASARAN)

Kali ini kami akan berkongsikan tentang beberapa info yang boleh kita gunakan bagi mengkaji pasaran tanaman dan pertanian kita. Amat penting sebelum kita memulakan penanaman dan projek untuk mengetahui kehendak dan harga pasaran kita. Kenapa?

Perlunya kita mengkaji dulu pasaran ataupun market kita kerana risiko kerugian dapat dikurangkan. Bila kurang risiko barulah business dapat berjalan lancar. Juga apa yang kita mahukan supaya penghasilan kita tidaklah terlalu susah untuk dijual. Berikut antara beberapa analisa yang boleh kita buat semasa memikirkan tanaman apa yang paling sesuai di tempat kita:

1) Kehendak pasaran

Kita mestilah mengkaji dahulu pasaran setempat ataupun kalau ada target market di tempat lain oversea contohnya mahukan barangan yang bagaimana. Ini bagi mengelakkan hasilan ini susah untuk dijual. Lagi-lagi jika hasilan ini yang tidaklah tahan sebegitu lama. Jadi untuk mengkaji kehendak pasaran ini kita bolehlah lihat dan kaji trend semasa. Bagi kami yang di Pulau Pinang ini kenalah selalu ke pasar tani, pasar malam juga pasar basah ke kedai-kedai berhampiran untuk lihat apa yang selalu laris dan selalu tiada.

Pasaran ini juga bergantung kepada penggunanya. Iaitu kepada siapa kita hendak menjual produk hasilan kita. Jika untuk sayuran kepada pengguna biasa atau kepada hotel atau kepada eksport luar.
Ini penting untuk kita siapkan dan persembahkan produk kita supaya selari dengan kehendak pembeli. Contohnya bagi pengeksport buah rockmelon, biasanya memerlukan bungkusan untuk membolehkan ianya di eksport. Kualiti itu kan mesti bergantung kepada kepuasan pelanggan..

Berdasarkan pengalaman kami bulan 3 ke bulan 4 harga sayur akan jatuh teruk di sini. Menurut kata penjual setempat, ini kerana kaum cina kurang makan sayur pada bulan ini. Jadi berlaku lambakan sayur-sayur di pasaran terutama pembekal terbesar di Cameron Highland. Bulan 12 pula harga akan melonjak naik kerana musim hujan. Jadi bolehlah plan  timing musim menuai sayur-sayur kita.

Untuk maklumat lain bolehlah melayari website Jabatan Pertanian dan FAMA untuk mengetahui kehendak pasaran setempat.


2) Harga Pasaran

Kadang-kadang jika kebun kita dapat hasilkan banyak pun tetapi tak dapat jual dengan harga yang baik juga memeningkan kepala. Jadi ada juga pengusaha yang mengambil langkah dengan mengikuti langkah kerajaan untuk kontrak farming dengan FAMA. Walaupun harga tidak setinggi harga pasaran tetapi bagi pengusaha yang mengusahakan tanaman pada skala yang besar boleh mengurangkan risiko hasil tidak dapat dijual.

Bagi pengusaha kecil-kecilan biasanya perlu berusaha mencari tempat untuk hasil-hasil ini dipasarkan.
Lagi bagus jika dapat jual di pasar-pasar malam ataupun pasar tani setempat. Lagi baik juga jika dapat menjual sendiri. Untuk mengetahui harga pasaran setempat juga FAMA ada menyediakan maklumat-maklumat ini.

http://sdvi.fama.net.my/hargapasartani/teruspapar.php

Harga jualan juga dapat di naikkan lagi valuenya jika dapat menembusi permintaan pasaraya-pasaraya besar seperti Giant, Tesco dan lain-lain. Untuk ke arah itu pengusaha perlulah mengambil kira syarat dan terma yang dikenakan. Ini bagi memastikan hasilan ini terpelihara kualitinya.


Selain dari kedua-dua faktor yang disebutkan terdapat juga faktor-faktor seperti perkongsian pasaran (market sharing), penjenamaan , market penetration, product development dan macam-macam lagi perkara yang perlu kita kaji sebelum mengusahakan sesuatu perniagaan..

Banyak buku-buku yang membincangkan hal ini. Bagi kita amnya usahawan ilmu-ilmu ini haruslah kita kuasai bagi mengurangkan risiko-risiko yang akan dihadapi. Kerja kerja yang kita usahakan biarlah   mengikut arus semasa dan sentiasa berguna untuk kita..

Ok jumpa lagi di lain masa..






No comments:

Post a Comment