Friday, September 27, 2013

Lawatan muhibbah bersama Jabatan Pertanian

Pada 12 September 2013 yang lepas kami telah berpeluang bersama-sama dengan Agen Pengembangan Kawasan (APK) Pasir Gebu iaitu en Zamri ke 2 tempat usahawan tani yang telah berjaya dalam perusahaan masing-masing. Dua tempat ini adalah di Merbok Kedah dan di Kuala Sanglang Perlis. Dari Pejabat Pertanian Bumbung Lima SPU, kami bertolak seawal 830 pagi dengan satu van adalah dikalangan usahawan tani dan satu lagi van adalah dari kalangan pegawai-pegawai Jabatan Pertanian termasuklah Penolong Pegawai Pertanian Pn Haridan.



Destinasi pertama adalah di area Tikam Batu iaitu jalan lama ke Sg Petani. Hentian pertama bermotifkan makan. Sarapan pagi dulu sambil menunggu ketibaan yang lain..

Setelah bersarapan, kami bergerak ke Merbok. Apa yang ada di sini selain Lubuk Tupah? Di sini terdapat satu perusahaan madu kelulut yang sudah berjaya.





Walaupun dikatakan market telah sangat tepu, tetapi alhamdulillah mengikut kata pengusahanya iaitu Abang   Johari setiap bulan pengeluarannya tidak dapat memenuhi kehendak pasaran. Sentiasa sold out.



Antara cerita dan penerangan pengusaha madu lebah yang saya rasakan belum mencecah setengah abad ini, madu mempunyai makam yang tinggi dalam hirarki makanan kerana selalu diceritakan dalam alquran. Oleh itu pengusaha ini menyarankan untuk mengusahakan ternakan madu lebah atau kelulut ini, pengusaha haruslah mengikut tabiat lebah atau kelulut ni. Bukan mengikut kehendak pengusaha. Selain itu antara istimewannya lebah ini ialah lebah juga adalah satu-satunya haiwan yang menerima wahyu dari Allah.

Beliau telah mengusahakan perusahaan ini selama lebih 2 tahun dan di ladang beliau terdapat lebih 600 sarang kelulut yang berupaya menghasilkan 500 kg madu sebulan. Harga sekilo mencecah RM100.. Lumayan juga perusahaan ini. Antara yang menarik lagi, perusahaan ini kurang memerlukan kos penyelengaraan.

Kelulut menurut beliau lagi berbeza dengan lebah dengan keupayaan mengekstrak madu yang terhasil bukan sahaja dari bunga tetapi dari pucuk pokok, batu-batuan dan kayu-kayu dari persekitaran. Jadi kelulut boleh menghasilkan madu sepanjang tahun.

Antara sarang kelulut yang terdapat di sana
Sarang Kelulut
Kami turut diberi peluang merasai madu yang sangat fresh, terus dari sarang kelulut tersebut. Rasanya agak masam dan lain sarang, lain rasanya bergantung pada jenis kelulut. Lebih kecil saiz kelulut, lebih bermutu madunya, lagi mahal harganya. :)

Madu Kelulut Fresh yang diambil menggunakan picagari

Bagi yang berminat boleh juga mencuba dengan satu sarang kelulut disini dijual dengan harga RM 900.

Destinasi kedua adalah di Kuala Sanglang, yang mana kami tiba di sana pada jam 1 tengahari. Perusahaan di sini adalah perusahaan Nira Nipah.




Apa yang menariknya disini pengusaha mengambil langkah mengkomersilkan tempat beliau dengan membangunkan ladang nipah yang bersih dan terurus khas untuk pelancong dan pengunjung untuk datang merasai nira yang asli dan segar.


Walaupun begitu, pengusahanya tidak dapat kami ketemu kerana difahamkan tidak berapa sihat. Di sini juga disediakan gerai-gerai jualan dan sempat kami semua pekena laksa yang dijual disini.


Antara objektif lain kunjungan ke Kuala Sanglang adalah bagi membuka idea kepada pengusaha tempatan untuk memajukan tempat masing-masing yang mana salah seorang dari kami adalah Abang Man yang juga mengusahakan Nira Nipah di Pasir Gebu Tepi Laut. Hasrat dari Jabatan Pertanian sendiri adalah untuk bersama-sama membantu Abang Man untuk memajukan lagi perusahaan nira beliau.

Antara yang menanti pengunjung


e

Selesai lawatan ke kedua-dua tempat, sedar tak sedar kami dah dekat dengan sempadan Malaysia Thailand, jadi kesempatan ini membawa kami ke Padang Besar.. Shoppingla apa lagi....


Selain dari lawatan-lawatan yang menambah pengetahuan kami, lawatan ini juga memperkenalkan kami kepada beberapa pengusaha tempatan antaranya Abg Tajul yang mengusahakan ladang kelapa, Abang Man sendiri dan dua orang anak muda yang kami kenali sebagai Abang Chik dan Muiz yang meminati bidang pertanian padi. Seronok juga bersembang sambil bertukar-tukar pandangan dan pengalaman masing-masing.

Wednesday, September 11, 2013

Trelis

Salam.
Syawal baru sahaja berlalu. Dalam bulan Syawal, banyak berlaku aktiviti yang menyebabkan kerja2 di kebun fertigasi agak perlahan. Namun, nasib baik kerja2 yang berat2 dapat diselesaikan jugak. Yang paling berat adalah gali lubang untuk pacak tiang2 trelis.

Setelah siap pacak tiang, pasang dawai hijau, dan ikat pokok dengan tali rafia

Tanam pokok cili secara fertigasi kena ada sistem sokongan terhadap pokok2 tu. Kalau tidak pokok boleh tumbang kalau hujan lebat atau angin kuat sangat. Samada tumbang akar tercabut keluar dari media sebab akar tak kuat sangat, ataupun kalau akar kuat, dia terbalik dengan polybag2 sekali...
Sesetengah pengusaha menggunakan kayu atau buluh pancang yang dipacak tegak di dalam setiap polybag, ataupun pacak buat bentuk X di atas tanah di luar setiap polybag.
Kami menggunakan trelis, tiang yang ditegangkan dengan dawai atau kabel, dan pokok diikat pada dawai atau kabel tersebut dengan menggunakan tali rafia.

Ikat pokok pada dawai hijau dengan tali rafia hijau

Cara ikat pokok, gunakan simpul tak mati di kedua2 bahagian, supaya senang nak buka semula kalau2 ada nak buat pembetulan pada kedudukan atau ketegangan dan sebagainya. Ikatan di pokok pulak haruslah tidak terlalu ketat sehingga menjerut batang tersebut. Buat loop dia besar sikit supaya ada ruang untuk batang tu membesar nanti. Tali tak semestinya tegang, tapi jangan terlalu kendur pulak. Cukup sekadar sokongan supaya pokok tak condong dan tak mudah tumbang.

Kebelakangan ni cuaca selalu hujan. Semalam hampir seharian hujan turun dengan lebatnya. Hujan yang terlalu kerap menyebabkan kerja2 di kebun terjejas, terutamanya aktiviti2 semburan racun dan nutrien tambahan. Rugi kalau sembur waktu hujan sebab hujan tu akan bilas balik racun atau nutrien tu keluar daripada permukaan daun ataupun polybag. Kekerapan hujan yang tinggi jugak akan menyebabkan pokok senang kena jangkitan kulat. Jadi, perlu kerap pantau penyakit, dan perlu sembur racun sebaik sahaja hujan reda dan cuaca nampak macam dah takkan hujan balik. Kalau nampak macam nak hujan balik, lebih baik tak sembur, kalau tidak membazir je nanti.

Hari ke-41 selepas pemindahan pokok masuk ke dalam polybag. Cili dah mula tumbuh dan membesar. Paling besar lebih kurang sepanjang 10cm. Namun kadar pertumbuhan adalah tidak sekata. Ada pokok yang dah banyak buah, ada jugak pokok yang belum ada buah lagi. Begitu juga dengan saiz pokok, ada pokok yang kecil tapi dah banyak buah, ada pokok yang besar tapi belum ada buah. Biasalah tu.

 
Dah berbuah. Tak lama lagi akan mula proses penuaian.

Anggarannya dalam masa beberapa minggu lagi dah boleh mulakan proses penuaian dan pemasaran. Musim hujan ni mungkin hasil tak berapa tinggi disebabkan serangan penyakit dan juga kekurangan penyerapan baja akibat baja terbilas oleh air hujan. Namun begitu harga pasaran di musim hujan ni kebiasaannya meningkat disebabkan oleh kurangnya pengeluaran sedangkan permintaan tetap sama. §

Thursday, September 5, 2013

Penyakit-penyakit tanaman Cili 568

Salam semua, minggu ini kami berkesempatan mengongsikan antara penyakit-penyakit yang biasanya menyerang atau terjadi kepada tanaman cili Kulai 568.

Penyakit-penyakit ini boleh terjadi kerana banyak faktor, antaranya faktor cuaca, hujan yang kerap mungkin. Faktor-faktor lain adalah seperti serangan serangga perosak dan juga keadaan persekitaran.
Di sini kami akan sharekan antara penyakit yang biasa berlaku pada kebun-kebun yang biasa kami lawati dan kebun kami sendiri.

1) Nama: Serangan Kulat
    Sebab: Hujan
    Kesan: Buah rosak
    Cara mengatasi: Penggunaan racun Mancozeb



1) Nama: Serangan Kutu Trip
    Sebab: Kutu Trip
    Kesan: Kesan pada pokok dan buah
    Cara mengatasi: Penggunaan racun Abermactin



 3) Nama: Virus Mozek
    Sebab: serangan pada anak benih
    Kesan: Kesan pada pokok dan buah
    Cara mengatasi: Penggunaan racun Kulat dan kawasan persekitaran



 Lain-lain serangan adalah seperti serangan lalat putih dan ulat ratus. Gambar dari kebun kami tiada . Untuk serangan lalat putih dan ulat ratus ini, racun seperti tamaron dan ubat neem boleh digunakan untuk mengawalnya.

Selain dari kawalan dengan meracun, penyakit-penyakit ini juga boleh dikawal menggunakan kaedah organik iaitu dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi untuk mengawalnya. Kaedah ini didapati lebih selamat dan lebih baik untuk dimakan.


Sekian sahaja untuk kali ini. Pasti kami akan kongsikan lagi jika ada yang menarik untuk kami kongsikan.