Destinasi pertama adalah di area Tikam Batu iaitu jalan lama ke Sg Petani. Hentian pertama bermotifkan makan. Sarapan pagi dulu sambil menunggu ketibaan yang lain..
Setelah bersarapan, kami bergerak ke Merbok. Apa yang ada di sini selain Lubuk Tupah? Di sini terdapat satu perusahaan madu kelulut yang sudah berjaya.
Walaupun dikatakan market telah sangat tepu, tetapi alhamdulillah mengikut kata pengusahanya iaitu Abang Johari setiap bulan pengeluarannya tidak dapat memenuhi kehendak pasaran. Sentiasa sold out.
Beliau telah mengusahakan perusahaan ini selama lebih 2 tahun dan di ladang beliau terdapat lebih 600 sarang kelulut yang berupaya menghasilkan 500 kg madu sebulan. Harga sekilo mencecah RM100.. Lumayan juga perusahaan ini. Antara yang menarik lagi, perusahaan ini kurang memerlukan kos penyelengaraan.
Kelulut menurut beliau lagi berbeza dengan lebah dengan keupayaan mengekstrak madu yang terhasil bukan sahaja dari bunga tetapi dari pucuk pokok, batu-batuan dan kayu-kayu dari persekitaran. Jadi kelulut boleh menghasilkan madu sepanjang tahun.
Antara sarang kelulut yang terdapat di sana |
Sarang Kelulut |
Madu Kelulut Fresh yang diambil menggunakan picagari |
Destinasi kedua adalah di Kuala Sanglang, yang mana kami tiba di sana pada jam 1 tengahari. Perusahaan di sini adalah perusahaan Nira Nipah.
Apa yang menariknya disini pengusaha mengambil langkah mengkomersilkan tempat beliau dengan membangunkan ladang nipah yang bersih dan terurus khas untuk pelancong dan pengunjung untuk datang merasai nira yang asli dan segar.
Walaupun begitu, pengusahanya tidak dapat kami ketemu kerana difahamkan tidak berapa sihat. Di sini juga disediakan gerai-gerai jualan dan sempat kami semua pekena laksa yang dijual disini.
Antara yang menanti pengunjung |
Selesai lawatan ke kedua-dua tempat, sedar tak sedar kami dah dekat dengan sempadan Malaysia Thailand, jadi kesempatan ini membawa kami ke Padang Besar.. Shoppingla apa lagi....
Selain dari lawatan-lawatan yang menambah pengetahuan kami, lawatan ini juga memperkenalkan kami kepada beberapa pengusaha tempatan antaranya Abg Tajul yang mengusahakan ladang kelapa, Abang Man sendiri dan dua orang anak muda yang kami kenali sebagai Abang Chik dan Muiz yang meminati bidang pertanian padi. Seronok juga bersembang sambil bertukar-tukar pandangan dan pengalaman masing-masing.
No comments:
Post a Comment