Wednesday, September 11, 2013

Trelis

Salam.
Syawal baru sahaja berlalu. Dalam bulan Syawal, banyak berlaku aktiviti yang menyebabkan kerja2 di kebun fertigasi agak perlahan. Namun, nasib baik kerja2 yang berat2 dapat diselesaikan jugak. Yang paling berat adalah gali lubang untuk pacak tiang2 trelis.

Setelah siap pacak tiang, pasang dawai hijau, dan ikat pokok dengan tali rafia

Tanam pokok cili secara fertigasi kena ada sistem sokongan terhadap pokok2 tu. Kalau tidak pokok boleh tumbang kalau hujan lebat atau angin kuat sangat. Samada tumbang akar tercabut keluar dari media sebab akar tak kuat sangat, ataupun kalau akar kuat, dia terbalik dengan polybag2 sekali...
Sesetengah pengusaha menggunakan kayu atau buluh pancang yang dipacak tegak di dalam setiap polybag, ataupun pacak buat bentuk X di atas tanah di luar setiap polybag.
Kami menggunakan trelis, tiang yang ditegangkan dengan dawai atau kabel, dan pokok diikat pada dawai atau kabel tersebut dengan menggunakan tali rafia.

Ikat pokok pada dawai hijau dengan tali rafia hijau

Cara ikat pokok, gunakan simpul tak mati di kedua2 bahagian, supaya senang nak buka semula kalau2 ada nak buat pembetulan pada kedudukan atau ketegangan dan sebagainya. Ikatan di pokok pulak haruslah tidak terlalu ketat sehingga menjerut batang tersebut. Buat loop dia besar sikit supaya ada ruang untuk batang tu membesar nanti. Tali tak semestinya tegang, tapi jangan terlalu kendur pulak. Cukup sekadar sokongan supaya pokok tak condong dan tak mudah tumbang.

Kebelakangan ni cuaca selalu hujan. Semalam hampir seharian hujan turun dengan lebatnya. Hujan yang terlalu kerap menyebabkan kerja2 di kebun terjejas, terutamanya aktiviti2 semburan racun dan nutrien tambahan. Rugi kalau sembur waktu hujan sebab hujan tu akan bilas balik racun atau nutrien tu keluar daripada permukaan daun ataupun polybag. Kekerapan hujan yang tinggi jugak akan menyebabkan pokok senang kena jangkitan kulat. Jadi, perlu kerap pantau penyakit, dan perlu sembur racun sebaik sahaja hujan reda dan cuaca nampak macam dah takkan hujan balik. Kalau nampak macam nak hujan balik, lebih baik tak sembur, kalau tidak membazir je nanti.

Hari ke-41 selepas pemindahan pokok masuk ke dalam polybag. Cili dah mula tumbuh dan membesar. Paling besar lebih kurang sepanjang 10cm. Namun kadar pertumbuhan adalah tidak sekata. Ada pokok yang dah banyak buah, ada jugak pokok yang belum ada buah lagi. Begitu juga dengan saiz pokok, ada pokok yang kecil tapi dah banyak buah, ada pokok yang besar tapi belum ada buah. Biasalah tu.

 
Dah berbuah. Tak lama lagi akan mula proses penuaian.

Anggarannya dalam masa beberapa minggu lagi dah boleh mulakan proses penuaian dan pemasaran. Musim hujan ni mungkin hasil tak berapa tinggi disebabkan serangan penyakit dan juga kekurangan penyerapan baja akibat baja terbilas oleh air hujan. Namun begitu harga pasaran di musim hujan ni kebiasaannya meningkat disebabkan oleh kurangnya pengeluaran sedangkan permintaan tetap sama. §

No comments:

Post a Comment