Di Malaysia, terdapat berbagai2 sistem pensijilan yang dikelolakan oleh kerajaan bagi menentukan taraf sesuatu perniagaan atau barangan. Antaranya SIRIM, ISO, MSC, dan sebagainya. Dalam bidang pemakanan juga terdapat pensijilan sedemikian rupa seperti Halal, MyGap dan SOM.
MyGAP (Malaysian Good Agricultural Practice) dan SOM (Skim Organik Malaysia) adalah antara pensijilan yang berkaitan dengan pertanian, khususnya yang berkenaan dengan makanan.
Berikut adalah antara tujuan2 adanya pensijilan2 seperti ini di dalam industri pertanian:
1) Memastikan bahan makanan yang dihasilkan adalah berkualiti
2) Memastikan bahan makanan yang dihasilkan adalah bersih dan selamat untuk dimakan
3) Memastikan keselamatan pekerja terjamin
4) Memastikan pemeliharaan kebersihan alam sekitar
Sesetengah petani tak ambil berat tentang pensijilan ni, dan tak berminat untuk mendapatkannya. Mungkin kerana tidak berkesanggupan untuk menjalani kerumitan dalam proses memohon status tersebut. Mungkin jugak tak nampak kepentingannya.
Antara keuntungan sijil ni:
Hasil pertanian dapat dijual dengan harga yang lebih tinggi di sesetengah lokasi
Berpotensi untuk eksport ke negara2 luar yang mempunyai peraturan ketat tentang kesihatan dan kebersihan bahan makanan
Dapat menghalang kemasukan bahan makanan daripada negara luar yang tidak mematuhi piawaian kebersihan dan kesihatan makanan
Memanglah petani2 tak boleh nak dapatkan ganjaran dari segi pendapatan yang serta merta melalui perolehan sijil2 ni. Sebab skim2 pensijilan ni bukanlah satu bentuk bantuan dana ataupun sarana daripada pihak berkuasa. Namun begitu, banyak peluang2 lain yang terbuka yang dapat meningkatkan lagi pendapatan dalam jangka masa panjang. Pokok pangkalnya kena mulakan dengan usaha. §
No comments:
Post a Comment