Kali ini kami akan kongsikan sedikit pengetahuan tentang pembajaan sistem fertigasi yang mana jika tiada pembajaan atau 'fertilizing' tidak lengkaplah perkataan fertigation tu sendiri.
Pembajaan asas bagi sistem fertigasi terbahagi kepada beberapa campuran. Campuran ini adalah campuran sebatian nutrien yang dicampur atau digaulkan bersama. Untuk penanaman cili dan timun, biasanya kita akan gunakan baja campuran set A dan B. Untuk tanaman lain seperti rockmelon ada yang mencampurkan dengan unsur sebatian atau gaulan lain iaitu set C dan D.
|
Gambar dari Jabatan Pertanian P.Pinang |
Jadi untuk baja set A biasanya warnanya adalah sedikit perang (jika sudah dilarutkan dalam air). Ini adalah kerana unsur ferum (zat besi) yang memang asalnya berwarna perang.Set B pula kelihatan jernih kebiruan. Berikut merupakan unsur-unsur dalam sebatian kedua-duanya:
Set A:
Kalsium Nitrat
Iron Chelate
|
Gambar dari Jabatan Pertanian P.Pinang |
Set B:
Kalium Nitrat
Mono-kalium hidrogen fosfat
Magnesium Sulfat
Mangan Sulfat
Asid Borik
Zink Sulfat
Kuprum Sulfat
Natrium Molibdat
|
Gambar dari Jabatan Pertanian P.Pinang |
Tentang bancuhan pula, setiap set biasanya ada sukatan berat setiap unsur masing-masing. Dari pemerhatian kami ramai pengusaha yang menggunakan pendekatan untuk membancuh baja sendiri bagi menjimatkan kos. Ini kerana untuk membeli setiap set baja ini agak menelan kos .
Tentang sukatan pula ada banyak teori di website-website. Tetapi yang paling baik adalah melalui pemerhatian sendiri dan mengkaji unsur-unsur ini tentang kegunaan dan fungsi. Contohnya unsur kalsium untuk menyebabkan buah jadi sihat dan nampak gemuk, jadi jika pengusaha mahukan buahnya atau hasilnya ke arah itu, unsur ini mungkin diletakkan lebih. Begitu juga dengan unsur-unsur yang lain. Jadi dengan itu petani itu sendiri dapat mengawal hasilan tani mereka. Kami juga yang baru setahun jagung pun belum sampai tahap tu lagi.
Cara Penggunaannya biasanya setiap set akan di larutkan dengan 100L air , jika gunakan tong biru (120L) biasanya sehingga sikit lagi nak penuh. dan dari tong biru ini akan di larutkan didalam tangki nutrien. Sukatan adalah berdasarkan pembesaran pokok.
Jadi sama-sama kita belajar dan terus belajar.
"Negara kuat bila Petani Kuat"
No comments:
Post a Comment