Dalam pertanian secara fertigasi, masalah penitis (dripper) tersumbat adalah sesuatu yang tak dapat dipisahkan umpama irama dan lagu...
Namun, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Atau paling tidak pun, pasti ada cara untuk mengurangkannya.
Punca utama dripper tersumbat adalah disebabkan adanya kekotoran di dalam saluran paip. Kekotoran akan tersekat di dripper dan menghalang air baja daripada keluar melaluinya kerana bukaan pada dripper yang amat kecil.
Kekotoran mungkin datang dari dalam tangki baja (pasir, tanah, serangga, dan sebagainya), atau daripada keladak yang terbentuk di dalam sistem paip itu sendiri akibat kepekatan baja dan tindakbalas terhadapnya dengan haba daripada pancaran matahari.
Punca lain mungkin disebabkan tekanan yang tidak sekata mengakibatkan sesetengah dripper tak berupaya untuk menitiskan air (sebab tekanan tak cukup kuat di dripper tersebut). Kesan sifon juga menyumbang dalam masalah ini di mana ruang2 udara terbentuk di dalam paip yang menyebabkan air baja tersekat2 dan lambat keluar melalui dripper. Secara teknikal, ini bukanlah bermaksud dripper tersebut tersumbat.
Pemasangan alat penapis (filter) pada sistem paip (sebelum atau selepas pam, sebelum sampai ke dripper) dapat mengurangkan masalah tersumbat akibat kekotoran yang datang dari dalam tangki.
Untuk mengatasi masalah kekotoran yang terbentuk akibat keladak, agak rumit, kerana keladak pasti akan terbentuk. Jadi, kita cuma boleh laksanakan sesuatu hanya untuk mengurangkannya sahaja.
Terdapat dua jenis dripper, iaitu pressure compensating, dan bukan pressure compensating. Jenis pressure compensating bermaksud kelajuan titisan adalah sekata walaupun tekanan berbeza. Kalau jenis yang bukan, air akan menitis laju bila tekanan tinggi, dan perlahan bila tekanan rendah.
Jenis pressure compensating ini lah yang biasa digunakan dalam pertanian fertigasi, dan yang ni jugalah yang mudah tersumbat. Sebabnya terdapat filter di bahagian penyambung di antara dripper tersebut dengan microtube bertujuan mengawal kelajuan titisan air. Filter ini lah yang halus bukaannya dan kotoran mudah tersekat di sini.
Dripper biasa, jenis pressure compensating
Jenis dripper yang bukan pressure compensating pula tiada filter dan bukaannya lebih besar, jadi masalah tersumbat kurang berlaku. Namun bukaan yang lebih besar ini menyebabkan kelajuan titisan yang sangat tinggi, seterusnya tekanan dalam paip menjadi berkurangnan dan tidak sekata. Rekabentuk sistem paip perlu dibuat dengan betul supaya kesan daripada masalah tekanan ini dapat dikurangkan.
Dripper hibrid menggunakan tiub kapilari 1mm (diameter lubang)
Penggunaan tiub kapilari 1mm juga dapat mengurangkan berlakunya masalah tersumbat. Ini dikira sama dengan dripper jenis bukan pressure compensating. Kami baru sahaja menggunakan tiub ini di beberapa polibeg sebagai ujikaji dripper hibrid untuk menangani masalah dripper tersumbat. Dripper hibrid menjimatkan kos sebab hanya menggunakan sedikit sahaja tiub kapilari, dan selebihnya menggunakan peralatan sedia ada (microtube 4mm, polypipe 16mm, sedikit gam).
Rekabentuk sistem paip mungkin juga sedikit sebanyak dapat membantu dalam mengurangkan masalah dripper tersumbat.
Ujikaji: Bina paip yang disambungkan dari hujung barisan masuk semula ke dalam tangki supaya keladak dan gelembung udara yang terperangkap dalam sistem paip dapat dibebaskan. Keladak yang masuk semula ke dalam tangki akan ditapis semula dengan alat penapis, atau akan mendak ke dasar tangki, atau akan larut semula ke dalam air baja.
Ujikaji: Bina paip yang disambungkan dari hujung barisan masuk semula ke dalam tangki supaya keladak dan gelembung udara yang terperangkap dalam sistem paip dapat dibebaskan. Keladak yang masuk semula ke dalam tangki akan ditapis semula dengan alat penapis, atau akan mendak ke dasar tangki, atau akan larut semula ke dalam air baja.
Cara lain adalah dengan mengepam air kosong mangikut jadual yang tertentu. Contohnya seperti berikut:
1) apabila air baja di dalam tangki telah habis, penuhkan tangki dengan air kosong
2) pamkan hanya air kosong ke pokok sepanjang satu hari (kekerapan biasa)
Atau:
1) pamkan air baja di waktu pagi dan tengahari
2) pamkan hanya air kosong di waktu petang
Dengan cara ini, pembentukan keladak di dalam sistem paip mungkin dapat dielakkan atau mungkin keladak yang telah terbentuk dan terperangkap di dalam sistem paip dapat larut semula ke dalam air kosong.
Apa sahaja yang kita laksanakan, pasti akan ada halangan dan cabaran. Namun kita sendiri lah yang perlu berusaha untuk cari jalan penyelesaiannya. Dengan cabaran inilah yang membuatkan kita membesar dengan lebih kuat dan lebih bijak.
Bila ada halangan pokok tu jadi lebih kuat dan lebih bijak
Selamat maju jaya dalam fertigasi! §
No comments:
Post a Comment