Media di dalam polibeg, ditanam dengan pokok timun
Jadi, jumlah dan keadaan media yang dimasukkan di dalam setiap polibeg adalah penting. Lagi banyak lagi bagus. Tapi kalau terlalu banyak, akan menjadi kurang praktikal dan ekonomikal.
Kalau jumlah media terlalu sedikit, kebolehannya untuk menampung air baja akan berkurangan. Air baja akan cepat tertiris keluar daripada polibeg pada setiap kali siraman. Sekiranya cuaca panas, air baja juga akan cepat menjadi kering. Ini akan mangakibatkan pokok yang ditanam tidak mendapat jumlah nutrien yang sepatutnya, dan pertumbuhannya akan terjejas.
Jumlah terbaik adalah apabila polibeg dilipat lebih kurang satu inci, kandungan media juga adalah satu inci daripada permukaan atas polibeg. Namun, berat keseluruhan polibeg yang telah diisi dengan media juga boleh digunakan sebagai kaedah untuk memastikan jumlah media yang mencukupi. Jika menggunakan media sabut, kadang2 kepadatan dan kadar kelembapan sabut tersebut berbeza, menyebabkan jumlah yang berbeza dimasukkan di dalam polibeg walaupun pada ketinggian yang sama.
Pastikan kepadatan dan kelembapan media adalah sama di dalam setiap polibeg di dalam ladang fertigasi, agar pertumbuhan setiap pokok adalah sekata secara keseluruhan.
Pertanian menggunakan kaedah fertigasi ini dapat mengurangkan pembaziran ke arah 'zero waste'. Ini adalah kerana air dan baja yang diberikan akan terkumpul di dalam polibeg dan tidak akan mengalir keluar (jika sukatan yang diberikan adalah betul). Jadi, pokok akan mendapat hampir kesemua air dan baja yang diberikan.
Berbanding dengan pertanian di atas batas, di mana baja dan air berkemungkinan mengalir keluar dan meresap ke dalam tanah dan tidak kesemuanya berupaya untuk diserap oleh pokok. §
No comments:
Post a Comment