Disebabkan masih terasa keseronokan jumpa putik buah timun pagi semalam, rasa tak sabar nak membelek-belek pokok tercinta pagi ni... Malam tadi layar-layar baca-baca maklumat-maklumat tentang timun di internet...
Baru teringat balik masa belajar biologi kat sekolah menengah dulu. Tumbuhan pun ada jantina... Timun ada kedua-dua jenis bunga jantan dan jugak bunga betina pada pokok yang sama...
Kiri: bunga jantan. Kanan: bunga betina (belum kembang).
Tangkai bunga jantan kurus, tangkai bunga betina gemuk.
Jadi bunga-bungaan yang muncul mula-mula dulu adalah bunga jantan... Yang muncul kemudian yang tangkai gemuk sikit tu adalah bunga betina. Bunga betina ini lah yang akan membesar menjadi buah timun setelah berlakunya proses pendebungaan dengan debunga dari bunga jantan melalui bantuan kumbang dan lebah... Jadi serangga-serangga yang singgah di pokok-pokok timun tu ada juga kebaikannya... Kalau depa tak singgah mai, mungkin buah timun pun tak menjadi... Jadi takpa la kalau bagi depa makan sikit daun-daun pokok timun tu... Sikit-sikit saja takpa la, jangan banyak-banyak sangat ya... Sebagai balasan jasa depa menyempurnakan proses pendebungaan... Namun ada juga di antara depa tu yang merupakan serangga perosak yang harus dihapuskan!
Tak sangka pulak dalam proses tanam pokok timun ni dapat jugak imbas kembali memori ni dengan pengetahuan ilmu biologi yang belajar kat MRSMKT dulu-dulu... Barulah tak disia-siakan ilmu yang belajar dulu tu...
Jaring pun dah ditegangkan di semua barisan pokok kelompok lama. Barisan pokok kelompok baru pulak akan ditegangkan pada hujung minggu ni.
Nota: Kerengga makin banyak yang datang balik merayap di jaring-jaring dan tiang-tiang... Kalau makin teruk serangan kerengga ni, mungkin nak kena laksanakan operasi pembasmian sarang-sarang kerengga di pokok jambu tu... Pasti terlaksana! §
No comments:
Post a Comment