Sejak beberaha hari ni memang takde apa-apa aktiviti istimewa yang dilaksanakan di kebun melainkan yang biasa-biasa sahaja seperti siram baja dan buang rumpai...
Pokok-pokok timun disiram dengan air baja pada setiap pagi hari Isnin hingga Sabtu. Cuma hari Ahad je siram hanya dengan air sahaja tanpa baja...
Pagi tadi kesemua tali penampung jaring dah dipasang dengan lagi satu tali di bahagian atas sikit dari tali yang dulu...
Buah timun yang pertama (first born baby kami) dah makin besar...
Ada banyak jugak buah-buah timun lain tapi yang ni yang paling besar sekali... Yang lain-lain masih kecik, suku dari saiz yang ni agaknya... Yang ni cepat sikit dia muncul dan membesar... Tapi agak bengkok... Kalau yang bengkok ni mungkin rendah sikit grednya, tapi kalau untuk guna makan sendiri atau untuk dijual di restoran-restoran takde masalah la kot... Mungkin dua tiga hari lagi dah boleh tuai timun yang satu ni, makan sendiri dulu la kot, pertama kali makan timun hasil usaha tanam sendiri secara fertigasi... Yang lain-lain mungkin lagi seminggu baru boleh tuai.
Belalang di tiang...
Tak sabar nak tuai hasil dan jual kepada pembeli-pembeli yang sudi membeli. Walaupun hasil mungkin tak sebanyak seperti yang sepatutnya, gred pun mungkin rendah, tapi takpa sebab ni kali pertama dan serba kekurangan, jadi kami memang jangka hasilnya tak banyak sangat. Asalkan ada hasil. Yang penting adalah pelajaran yang diperolehi dalam proses ni dan bagaimana kita perbaiki kelemahan yang ada bagi perlaksanaan seterusnya. Pasti lumayan! §
Timun bengkok kekurangan kalsium...spray/sembur je kalsium dan boron kerap kali...xda masalah dah timun bengkok
ReplyDeleteTimun bengkok kekurangan kalsium...spray/sembur je kalsium dan boron kerap kali...xda masalah dah timun bengkok
ReplyDelete