Tuesday, July 30, 2013

Teknologi Groasis

Pernahkah anda dengar sistem pertanian tanpa pengairan? Sistem yang dinamakan teknologi Groasis ini di temui oleh sebuah syarikat bernama AquaPro Holland. Ianya dikatakan dapat menjimatkan lebih 90% air dalam pembesaran tumbuhan berbanding kaedah-kaedah tanaman yang lain.

Teknologi ini telah memenangi Invention Award 2010: http://www.popsci.com/diy/article/2010-05/invention-awards-watering-plants-desert

Rekacipta beliau agak menarik dan ianya sedang di ujikaji di merata tempat di seluruh dunia seperti Pakistan, gurun Sahara dan ladang-ladang tanaman.

Sistem yang telah digunapakai oleh lebih 30 negara ini boleh digunakan pada tempat yang mempunyai cuaca yang panas seperti gurun. Tanaman juga boleh ditanam di celah-celah batuan. 

Yang menariknya sistem ini dapat meningkatkan kadar survival bagi tumbuhan yang ditanam sehingga menjangkau 90%. Sistem ini juga dikatakan sistem yang senang dijaga kerana ia dikenali sebagai sistem yang independant. 



Sistem ini menggunapakai kaedah yang sama seperti kaedah hukum alam bagi tumbuhan yang tumbuh di kawasan sukar seperti batuan dan gunung ganang. 

Sistem ini juga menggunakan konsep penyembuhan tanah dengan mycorrhizea dan juga menggunakan sistem capillary drill. Ini menggalakkan lagi pertumbuhan pokok dan mengawal kadar hilang air ke persekitaran. Dengan itu tumbuhan akan menggunakan bahan persekitaran yang ada dengan efficient dengan konsep mengenalpasti akar primari yang betul. Selain itu alatan yang digunakan adalah Waterboxx.

Berikut merupakan gambarajah sistem groasis ini:









Antara yang giat mempromosikan kaedah tanaman secara groasis ini ialah Syarikat AquaPro Holland sendiri. Ianya juga menawarkan penjualah sistem ini melalui website mereka:

http://www.groasis.com/en

Banyak juga maklumat-maklumat dan idea-idea menarik mengenai kaedah ini di website ini dan tentunya di YouTube dari negara-negara yang telah menggunapakai sistem ini. Antaranya penanaman pokok-pokok di negara yang mempunyai gurun seperti Oman dan Dubai, penanaman sayuran dan pokok-pokok lain.

Mungkin kita juga boleh mencuba teknologi ini untuk tanaman semula hutan-hutan kita ataupun tanaman-tanaman lain. Mungkin juga kaedah ini boleh ditambahnilai untuk pokok-pokok yang boleh menjana ekonomi dan makanan negara. Yang penting, adalah kelestarian alam ini sentiasa terpelihara di samping mendatangkan manfaat. Apa pun usaha ke arahnya wajarlah kita sokong.


P/S: Baru-baru ini semasa di ekspo pertanian dan penternak di Seberang Jaya terbaca banner nya yang mempromosikan kelestarian organik. 

Thursday, July 25, 2013

Status Fertigasi Pasir Gebu

Salam Ramadhan.

Harini cuma nak update sedikit tentang perkembangan di tapak fertigasi Pasir Gebu.


Rumah semaian setakat ni dah siap bahagian atas. Bumbung sepatutnya nak buat bentuk tiga segi, tapi atas sebab masalah teknikal, terpaksa siapkan dengan rekabentuk rata macam ni sahaja. Tapi masih belum dikemskan secara sempurna dengan stapler lagi bumbung tu. Masih ada lubang2 lagi. Setakat ni, bumbung tu mampu la untuk tidak menakung air hujan setelah beberapa hari hujan renyai2 di waktu malam.
Anak2 pokok pun dah dipindahkan kesemuanya ke dalam rumah semaian tu.
Kesilapan rekabentuk rumah semaian ni ialah keseluruhan dinding diperbuat daripada plastik UV. Sepatutnya gunakan jaring halus jugak sikit, untuk pengudaraan. Oleh sebab itu, keadaan dalam rumah semaian tu menjadi panas, bahang dan berkuap kalau tutup pintu tu dalam keadaan cuaca yang panas. Anak pokok jadi cepat layu. Jadi, terpaksa la dibuka pintu tu sepanjang masa macam tu, sehinggalah minggu depan dijangka akan tebuk sikit dinding tepi tu dan lekat dengan jaring hijau yang kat bawah tu.


Susunan bata simen dan polybag dah dikemaskinikan di sebahasian besar tapak fertigasi sistem pertama. Di bahagian belakang, sebahagian besar permukaan tanah yang agak mendap sudahpun ditimbus dengan pasir. Bila dah siap susun semua, cuma tinggal dripper nak kena cucuk dan tiang sokongan nak kena pacak.
Kami sasarkan untuk pindahkan anak pokok ke dalam polybag mulai minggu depan. Tiang akan pacak kemudian sikit, mungkin selepas Aidil Fitri.


Kami telah pinda rekabentuk sistem pengairan berpandukan kepada maklum balas yang kami terima daripada pihak Jabatan Pertanian yang datang melawat ke tapak fertigasi ini minggu lepas. Cabang2 yang sebelum ni di belakang, dipindahkan ke depan.

Terdapat update di page produk kami, beberapa perubahan terhadap harga dan juga penambahan beberapa lagi barangan fertigasi. §

Wednesday, July 17, 2013

Isu Kenaikan Harga Makanan

              Masalah harga makanan yang meningkat terutama pada 5 tahun kebelakangan ini memang membimbangkan. Ini kerana dek kerana masalah ini polar kehidupan manusia juga berubah. Contohnya, akibat dari tekanan kenaikan harga barangan ini kaum perempuan terpaksa berkerja membantu suami untuk menyelesaikan masalah tekanan harga makanan ini. Selain dari itu, isu ini juga menymbang kepada kenaikan jumlah hutang isi rumah di negara kita. Malahan isu ini juga mungkin menyumbang kepada masalah-masalah lain seperti peningkatan kadar jenayah dan masalah-masalah sosial yang lain.

Menurut Food and Agricultural Organization (FAO) , kenaikan ini bermula dari tahun 2009 dan ianya terus meningkat dari tahun ke tahun. Antara bahan makanan yang meningkat naik harganya adalah produk dari susu (dairy), daging, bijian (cereals) dan juga minyak masakan (oil and fats).




Antara sebab-sebab mengapa harga makanan ini menaik ialah termasuk perubahan iklim, dasar menggalakkan penggunaan biofuel, harga tenaga yang semakin meningkat dan harga baja, kurang tanaman tuaian, sekatan eksport negara, peningkatan permintaan makanan dunia dan stok makanan yang rendah.

http://www.worldwatch.org/global-food-prices-continue-rise-0

Ini ditambah lagi dengan penggalakan perindustrian oleh negara-negara maju yang mengetepikan pertanian.

Masalah kenaikan harga makanan ini bagi pandangan kami bakal menimbulkan ketakutan kepada semua sehinggalah satu hari nanti kemungkinan kita tidak lagi mampu membeli makanan sendiri.

Untuk mengatasi masalah-masalah ini mari kita sama-sama menambahkan lagi pengeluaran makanan kita agar sedikit sebanyak membantu mengatasi masalah-masalah ini. Galakan kerajaan untuk mempromosikan pertanian di bandar-bandar dan berskala kecil dan banyak boleh menyumbang ke arah jaminan makanan ini.

Sekian buat masa ini, di harap artikel ini boleh menambah kesedaran kita tentang pentingnya pertanian dalam membangun negara. Bak kata pepatah cina:

'NEGARA KUAT BILA PETANINYA KUAT'

Tq
Sumber:

http://www.fao.org/worldfoodsituation/FoodPricesIndex/en/

http://www.worldwatch.org/global-food-prices-continue-rise-0

http://www.guardian.co.uk/global-development/2013/may/23/food-prices-money-love-status

http://www.nbr.co.nz/article/nz-food-prices-post-biggest-gain-gst-hike-october-2010-led-fruit-vegetables-bd-142686


Thursday, July 11, 2013

Semaian Cili dan Perkembangan Pasir Gebu

Salam Ramadhan.
Harini harini kedua berpuasa. Dalam bulan puasa ni kerja2 pembangunan di tapak fertigasi Pasir Gebu terpaksa dijalankan pada kadar yang sedikit perlahan, namun tetap berterusan.

Semaian benih cili:
Benih yang dah disemai di dalam tray dah masuk hari yang ke 12. Setakat ni perkembangan agak memberangsangkan. Sebanyak 8 tray yang disemai, berjumlah 832 lubang. Sehingga pagi tadi terdapat sebanyak 668 (80%) benih yang dah bercambah dan kebanyakannya dah membesar sampai tahap dah ada dua daun. Namun ada jugak yang patah (mungkin ditimpa barang yang terjatuh) dan ada yang mati. Dua daripada tray jugak agak mengecewakan tahap percambahannya dijangka disebabkan dipijak2 oleh kucing2 yang suka bermain di situ dulu. Terdapat jugak sebahagian kecil lubang yang tumbuh dua pokok, mungkin sebab dua benih terjatuh dalam satu lubang masa semai dulu.


Setiap hari mesti disiram, pastikan tanah peat moss di dalam tray tak kering. Setelah seminggu, boleh mula siram dengan campuran folier selang setiap seminggu pada batang dan daun anak pokok.

Proses Pembesaran Benih:
Hari ketiga benih mula bercambah. Ada jugak yang ambil masa lebih daripada tiga hari, bergantung kepada keadaan cuaca, kelembapan tanah, kedalaman benih ditanam, dan mungkin jugak kadar kekerasan kulit benih. Setakat hari ke-12 ni pun masih ada benih yang baru nak bercambah.
 Hari kelima benih akan mula mengeluarkan dua daun. Jugak ada sesetengahnya yang ambil masa lebih lama daripada tu.
Hari keempat belas, anak pokok mula mengeluarkan daun keempat. Waktu ni dah kena mula siram dengan baja set A+B.
Hari kedua puluh lima, mula mengeluarkan daun keenam. Pangkal batang dah mula bertukar warna kekelabuan atau keperangan. Waktu ni dah cukup kuat untuk dipindahkan ke dalam polybag. Namun elok jugak jika tunggu sehingga hari ketiga puluh baru pindahkan untuk pastikan anak pokok tu betul2 kuat dulu.
Rumah Semaian:
Lebih baik kalau ada rumah semaian untuk simpan anak2 pokok sementara menunggu waktu sesuai untuk dipindahkan ke dalam polybag. Rumah semaian penting untuk mellindungi anak2 pokok daripada serangan serangga perosak, angin atau hujan yang terlalu kuat, dan jugak pancaran sinar UV matahari (gunakan plastik UV sebagai atap dan dinding).
Kami telah siapkan rekabentuk rangka rumah semaian dan sekarang dalam proses pembinaan secara berperingkat. Sekarang rangka dah siap pasang, cuma belum ada para (tu para sementara menggunakan kayu khusus untuk kegunaan lain) dan jugak dinding dan atap. Perlu ada pintu jugak untuk senang nak buka dan tutup waktu nak siram atau pindahkan anak pokok nanti. Perlu fikirkan kaedah terbaik untuk pintu tu.

 

Kebiasaannya rumah semaian dibuat dua tingkat. Tingkat bawah berkeadaan gelap untuk letak tray yang baru semai, di mana anak benih yang masih belum bercambah tidak memerlukan cahaya matahari dan memerlukan kadar kelembapan tanah yang tinggi.

Tapak Fertigasi:
Setakat ni tujuh baris silvershine dah dibentang. Setiap baris silvershine akan menempatkan dua baris polybag dialas dengan dua bata simen setiap polybag. Baru empat baris bata yang dah disusun, namun tak begitu kemas dan lurus lagi.



Bila dah susun bata, silvershine akan dikemaskan dengan paku payung ke tanah. Jumlah polybag dalam satu barisan adalah tak sekata sebab bentuk tapak yang bukan segi empat tepat. Jugak disebabkan terdapat tunggul pokok kelapa di tengah tapak yang tak dapat disingkirkan. Ada satu barisan polybag yang akan melalui tunggul tersebut, jadi terpaksalah lapangkan ruang di situ. Sejumlah 300 polybag akan dimuatkan dalam sistem pertama ni.
Permukaan tanah agak tidak rata di setengah2 tempat akibat proses tebang pokok kelapa tempoh hari. Masa nak susun bata betul2 nanti, kena timbus2 sikit tempat2 yang tanah agak berlubang2 dan mendap tu.
Tiang2 penyokong akan dipacakkan pada jarak setiap 8-10 kaki pada setiap barisan polybag. Kabel atau dawai kasar akan ditegangkan di antara setiap tiang sebagai sokongan (trellis) kepada pokok2 cili nanti.

Sistem Pengairan:
Setiap baris dah disiapkan dengan polypipe 16mm, tapi belum ditebuk dan belum dipasang dengan microtube lagi. Polypipe 16mm dipasangkan dengan injap di setiap sambungan bagi membolehkan kadar aliran dikawal agar sekata pada setiap barisan. Seterusnya sambungan terus ke polypipe 32mm, dan terus ke pam dan tangki. Sistem pengairan telah diuji dengan jayanya!
Pada mulanya, tekanan aliran ke tapak fertigasi didapati terlalu tinggi yang dikhuatiri mungkin akan mengakibatkan kebocoran pada sambungan kerana pam yang digunakan berkuasa agak tinggi (1HP). Jadi, aliran keluar dari pam telah dicabangkan kepada dua cabang (sambungan hijau dalam gambar di bawah), satu cabang dialirkan ke tapak fertigasi dan satu lagi dilimpahkan semula ke dalam tangki.


Cabang ini jugak berguna bagi mengelakkan daripada campuran baja di dalam tangki tersifon (siphon) keluar melalui penitis (dripper) disebabkan tekanan dalam paip, walaupun setelah pam dimatikan.

Walaupun agak perlahan, namun kadar dan kecekapan pembangunan yang dilaksanakan agak memuaskan. Kami sasarkan supaya anak2 pokok dapat dipindahkan ke tapak fertigasi siap dengan tiang sokongan sebelum Syawal menjelang. Perkara yang baik pasti Allah izinkan, hanya bergantung kepada kita untuk mengusahakannya. Insya Allah. §

Tuesday, July 2, 2013

Jaminan Makanan Negara

Assalamualaikum,

Hari ini mari kita sama-sama bincangkan mengenai jaminan bekalan makanan negara dan juga dunia. Makanan adalah satu aspek penting yang perlu diuruskan dengan baik. Ini termasuklah dengan mencukupkan kuantiti makanan per penduduk dan juga mengawal harga makanan supaya ianya mampu di beli dan di bekalkan kepada rakyat. Negara yang sejahtera memberi jaminan pemakanan yang baik kepada rakyatnya.

Mengikut website worldhunger.org, definisi KELAPARAN terbahagi kepada 3 , iaitu:


(Oxford English Dictionary 1971)

1. Rasa tidak selesa atau sakit yang disebabkan oleh ketiadaan makanan; selera keinginan. Juga keadaan letih disebabkan oleh ketiadaan makanan

2. Ingin atau kekurangan makanan di negara

3. Keinginan yang kuat atau keinginan

(http://www.worldhunger.org)

Jadi dalam kontek negara, definisi kedua boleh diambil kira, iaitu kekurangan makanan di peringkat dunia dan negara. Manakala istilah teknikalnya memberi maksud pemakanan yang diambil iaitu tidak mendapat makanan yang cukup atau dalam bahasa perubatannya ialah undernutrition ataupun malnutrition.


Mengikut fakta dari United Nation Food and Agricultural Organizational (UNFAO) sejumlah 870 juta orang seluruh dunia mengalami masalah undernutrisi kronik. Ini adalah satu dari lapan orang seluruh dunia pada tahun 2010-2012. Menarik lagi sejumlah 97% daripada jumlah ini (852 juta) adalah terdiri dari rakyat negara-negara membangun. Manakala selebihnya adalah terdiri dari mereka yang berasal dari negara maju.

Lebih menyedihkan lagi kebanyakan mangsa adalah terdiri dari kanak-kanak. Kanak-kanak yang mempunyai masalah undernutrisi ini kebanyakan mengalami sakit lebih dari 160hari dalam setahun. Masalah kekurangan makanan ini juga dikenalpasti memainkan peranan dalam separuh dari 10.9 juta kematian kanak-kanak setiap tahun. Punca-punca kematian adalah disebabkan penyakit-penyakit seperti campak dan malaria yang ditambahkan lagi dengan kekurangan zat makanan. Selain penyakit ini, kanak-kanak yang mengalami kekurangan zat ini juga terdedah kepada penyakit-penyakit lain seperti cirit birit dan pneumea yang mengakibatkan kematian.


Jadi masalah-masalah seperti ini amatlah penting untuk kita perhatikan dan mengambil langkah untuk mengatasinya. Malaysia telah mengambil langkah dengan mewujudkan Dasar Jaminan Bekalan Negara yang diwujudkan pada 2008 dengan meluluskan Dasar Jaminan Bekalan Makanan (DJBM) pada 2 Mei 2008 bagi:-
  1. Meningkatkan pengeluaran dan produktiviti sektor agro makanan bagi memenuhi tahap sara diri.
  2. Memastikan pengusaha pertanian mendapat pendapatan yang setimpal serta menjamin pengeluaran bahan makanan tidak menurun.
  3. Memastikan bekalan bahan makanan mencukupi, berkualiti dan selamat dimakan.
(http://www.doa.gov.my/dasar-jaminan-bekalan-makanan)

Bagi memastikan matlamat DJBM tercapai, Kementerian Pertanian telah merangka tujuh (7) program/projek utama yang akan dilaksanakan dalam tempoh 2008-2010 melalui Jabatan/Agensi di bawah Kementerian. Bagi tahun 2008, program/projek yang dirancangkan meliputi:-
  1. Peningkatan pengeluaran beras
  2. Pewujudan stok penimbal beras
  3. Program peningkatan pengeluaran dan produktiviti  tanaman, perikanan dan ternakan.
  4. Pemberian insentif kepada pengusaha-pengusaha Pertanian
  5. Mengukuhkan FAMA bagi memastikan pasaran dan pengagihan hasil-hasil pertanian
  6. Pelaksanaan Program Bumi Hijau
  7. Pembangunan tanah terbiar dan kolam terbiar untuk meningkatkan pengeluaran

Jadi melihat dengan dasar-dasar di atas, kita sebagai pengeluar hasil tani haruslah sentiasa alignkan hasil-hasil kita dengan memastikan produk-produk tani kita mencukupi, berkualiti dan selamat dimakan.. Ini termasuklah dengan penggunaan racun yang tidak membahayakan pengguna, gunakan kaedah organik dan lain-lain.

Jadi marilah sama-sama kita meningkatkan hasil pengeluaran kita untuk terus sama-sama memajukan negara dan merahmatkan negara ini InshaAllah.. Semoga Malaysia terus maju dan cemerlang.

Jumpa lagi dilain masa..