Tuesday, July 30, 2013

Teknologi Groasis

Pernahkah anda dengar sistem pertanian tanpa pengairan? Sistem yang dinamakan teknologi Groasis ini di temui oleh sebuah syarikat bernama AquaPro Holland. Ianya dikatakan dapat menjimatkan lebih 90% air dalam pembesaran tumbuhan berbanding kaedah-kaedah tanaman yang lain.

Teknologi ini telah memenangi Invention Award 2010: http://www.popsci.com/diy/article/2010-05/invention-awards-watering-plants-desert

Rekacipta beliau agak menarik dan ianya sedang di ujikaji di merata tempat di seluruh dunia seperti Pakistan, gurun Sahara dan ladang-ladang tanaman.

Sistem yang telah digunapakai oleh lebih 30 negara ini boleh digunakan pada tempat yang mempunyai cuaca yang panas seperti gurun. Tanaman juga boleh ditanam di celah-celah batuan. 

Yang menariknya sistem ini dapat meningkatkan kadar survival bagi tumbuhan yang ditanam sehingga menjangkau 90%. Sistem ini juga dikatakan sistem yang senang dijaga kerana ia dikenali sebagai sistem yang independant. 



Sistem ini menggunapakai kaedah yang sama seperti kaedah hukum alam bagi tumbuhan yang tumbuh di kawasan sukar seperti batuan dan gunung ganang. 

Sistem ini juga menggunakan konsep penyembuhan tanah dengan mycorrhizea dan juga menggunakan sistem capillary drill. Ini menggalakkan lagi pertumbuhan pokok dan mengawal kadar hilang air ke persekitaran. Dengan itu tumbuhan akan menggunakan bahan persekitaran yang ada dengan efficient dengan konsep mengenalpasti akar primari yang betul. Selain itu alatan yang digunakan adalah Waterboxx.

Berikut merupakan gambarajah sistem groasis ini:









Antara yang giat mempromosikan kaedah tanaman secara groasis ini ialah Syarikat AquaPro Holland sendiri. Ianya juga menawarkan penjualah sistem ini melalui website mereka:

http://www.groasis.com/en

Banyak juga maklumat-maklumat dan idea-idea menarik mengenai kaedah ini di website ini dan tentunya di YouTube dari negara-negara yang telah menggunapakai sistem ini. Antaranya penanaman pokok-pokok di negara yang mempunyai gurun seperti Oman dan Dubai, penanaman sayuran dan pokok-pokok lain.

Mungkin kita juga boleh mencuba teknologi ini untuk tanaman semula hutan-hutan kita ataupun tanaman-tanaman lain. Mungkin juga kaedah ini boleh ditambahnilai untuk pokok-pokok yang boleh menjana ekonomi dan makanan negara. Yang penting, adalah kelestarian alam ini sentiasa terpelihara di samping mendatangkan manfaat. Apa pun usaha ke arahnya wajarlah kita sokong.


P/S: Baru-baru ini semasa di ekspo pertanian dan penternak di Seberang Jaya terbaca banner nya yang mempromosikan kelestarian organik. 

No comments:

Post a Comment