Selain sesi taklimat dan pembiayaan, terdapat juga sesi praktikal di mana peserta akan berpeluang untuk mencuba dalam penyemaian anak benih cili dan juga sesi praktikal cendawan. Dalam pada yang sama kami juga akan memberi peluang peserta untuk melawat kebun skala kecil fertigasi cili di sana.
Selain itu juga, kami juga akan mempromosikan model mini fertigasi dan cendawan bagi mempromosikan model skala kecil bagi fertigasi dan cendawan.
Di sini adalah model yang akan kami promosikan. Kelebihan model mini ini adalah bagi pengguna yang berminat dalam pertanian tetapi tidak mempunyai kawasan tanah yang luas terutama bagi kawasan rumah bandar-bandar . Penggunaan model mini ini juga ideal untuk makanan kegunaan sendiri. Maksudnya makanan yang terhasil sendiri di rumah.
Untuk model mini 10 polibeg ini, ciri-cirinya ideal bagi kawasan yang kecil seluas 10kaki x 5 kaki. Ianya sesuai bagi apa-apa penanaman sayur seperti cili, terung dan timun. Pengguna juga boleh menukar kepada pasuan daripada memakai polibeg. Untuk tanaman menjalar seperti timun, pancang perlu diletakkan untuk setiap polibeg bagi memudahkan pokok menjalar.
Model ini menggunakan pam ikan yang cukup berkebolehan menyalur baja dan air sehingga 50 polbeg. Model ini boleh digunakan berulang kali dan pelbagai jenis tanaman boleh di tanam. Makanan yang terhasil juga adalah dari kawalan sendiri dan pastinya selamat untuk dimakan.
Model ini juga boleh ditambah bilangan polibegnya sehingga 50 polibeg. Harga-harga untuk model mini ini akan kami updatekan dari semasa ke semasa.
Untuk keterangan lebih tentang model ini terutama tentang harga bolehlah kunjungi kami di program 27 hb ini di Pasir Gebu. Jumpa di sana
No comments:
Post a Comment