destinasi kedua peserta kayuhan adalah di Kawasan Rukun Tetangga Desa Kemboja. KRT Desa Kemboja ini terletak lebih kurang 11 km dari Pantai Chenang. Antara aktiviti yang dilakukan disini ialah aktiviti gotong royong membersihkan surau, aktiviti gotong royong membersihkan taman permainan, aktiviti penanaman pokok bunga raya dan juga bengkel pengenalan seni kompang dari kelab kompang tempatan.
Pertemuan kami dengan Pengerusi KRT Desa Kemboja En Alias B Burhanudin adalah pada mesyuarat jawatankuasa Kayuhan Perpaduan Nasional pada 19 September 2013 di Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi. Mengenal En Alias adalah seorang yang ramah dan menurut beliau, KRT Desa Kemboja memang selalu mengadakan majlis-majlis kenduri dan majlis-majlis lain sehinggakan dalam satu-satu masa menganjurkan 3 kenduri dalam satu minggu. Di dalam mesyuarat berkenaan pihaknya telahpun bersetuju untuk mengadakan 5 program serentak dengan menyambut ketibaan para peserta kayuhan di tempat beliau. Di samping itu juga penduduk setempat akan mengadakan gotong royong memasak makanan tengahari untuk menjamu para peserta dan urusetia.
Kami juga berpeluang mengenal mereka dengan lebih rapat sebelum program berlangsung dengan jemputan En Alias ke program Skim Rondaan Sukarela yang diadakan 2 hari sebelum program KPN di anjurkan. Turut serta dalam majlis ini adalah PEngarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Kedah En Mohd Saidi B Midin dan ADUN Ayer Hangat YB Hj Mohd Rawi B Abd Hamid. Aktiviti ini memberi peluang kepada kami untuk mengenal penduduk dan kawasan Desa Kemboja dengan lebih rapat lagi.
Pada hari program, seawal pagi lagi penduduk Desa Kemboja telah pun bergotong royong bagi menyediakan keperluan majlis. Ramai di antaranya yang membantu dalam masakan tengahari dan ada diantaranya yang membantu menyediakan peralatan untuk gotong royong seperti persiapan susunan pokok bunga raya, persiapan meja dan kerusi dan sebagainya. Kesempatan bersama mereka dalam membantu dalam persediaan majlis ini mengesahkan kata-kata penduduk yang penduduk-penduduk dan ahli-ahli KRT Desa Kemboja amatlah peramah dan tidak lokek dalam menceritakan sejarah dan kelebihan tempat tinggal mereka.
Tepat jam 1145 peserta kayuhan sampai di kawasan KRT ini dan dikumpulkan di kawasan taman permainan dengan diiringi alunan kompang dari Kelab Kompang KRT Desa Kemboja. Kemudian peserta-peserta diberi sedikit ucapan selamat datang dan taklimat acara. Peserta-peserta kemudiannya dipecahkan kepada 5 kumpulan mengikut aktiviti yang di rancangkan.
Peserta Tiba |
Bengkel Kompang yang diadakan |
Peserta kayuhan wanita pula diberi kesempatan untuk menyertai bengkel kompang oleh ahli-ahli Kelab Kompang. Menariknya disini walaupun masa yang diluangkan tidak sampai satu jam, peserta boleh memainkan semula nada yang di ajarkan. Ahli-ahli kelab yang rata-ratanya adalah belia dan pelajar sekolah menengah nampak mesra dan tidak kekok dalam berbahasa dan bersembang.
Setelah lebih kurang satu jam, peserta-peserta dijemput untuk menikmati makan tengahari oleh Pengerusi KRT. Lauk ayam masak kicap nampaknya sangat menyelerakan dan kena dengan citarasa peserta. Disamping itu juga dalam kesantaian acara, majlis bertukar-tukar cenderahati diadakan sebagai tanda penghargaan dari pihak kami dan tanda selamat datang dari pihak KRT.
Setelah majlis ini berlangsung, peserta-peserta diberi sedikit taklimat untuk bersiap-siap untuk berlepas. Sebelum perlepasan, tidak lupa dari pihak kami untuk merakam detik bersejarah itu dengan menangkap gambar bersama peserta dan penduduk.
Pengerusi KRT kemudiannya menyampaikan sedikit kata-kata penghargaan kepada peserta dan peserta kemudiannya berlepas ke destinasi seterusnya.
Walaupun pertemuan penduduk KRT dan peserta dirasakan amat singkat tetapi diharapkan perhubungan ini akan berkekalan selamanya. Dengan berlepasnya peserta kami di pihak kepanitiaan juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan pada pihak KRT Desa Kemboja dengan kelancaran dan kesudian mengadakan acara di sana. TERIMA KASIH.
No comments:
Post a Comment